Salah Percaya Liverpool Bakal Muncul Juara Liga Perdana Inggeris Jika Menang Baki 4 Perlawanan

Izuddin oleh Izuddin 5 bulan yang lalu

Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah percaya pasukannya mampu memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini sekiranya mereka berjaya memenangi kesemua baki 4 perlawanan selepas ini.

Selepas mengharungi 34 perlawanan, Liverpool berada di tangga teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris, 2 mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City yang bermain kurang 1 perlawanan.

4 lagi kemenangan dan kejuaraan liga akan menjadi milik Liverpool. Betul ke ? atau harapan palsu semata-mata

Melihat pada senarai pasukan yang bakal ditentang Liverpool selepas ini, anak buah Jurgen Klopp dilihat tidak berdepan sebarang masalah untuk mengutip 3 mata dari semua perlawanan tersebut.

Liverpool akan bertandang ke Cardiff pada hujung minggu hadapan sebelum melayan kunjungan pasukan yang sudah mengalami relegasi iaitu Huddersfield.

Kemudian, mereka perlu melepasi cabaran Newcastle di St James Park dan dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini, Liverpool akan menerima kunjungan Wolves yang mempunyai reputasi sebagai 'giant-killer'.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang ditunggu-tunggu malam tadi, Liverpool menepati ramalan ramai pihak apabila tenang menundukkan Chelsea di hadapan penyokong sendiri.

Pemain antarabangsa Senegal, Sadio Mane membuka jaringan untuk Liverpool pada awal babak kedua apabila tenang menanduk masuk bola lambung dari kapten, Jordan Henderson.

Mane meraiikan gol jaringannya

Selang dua minit kemudian, giliran Mohamed Salah pula mencetak nama selaku penjaring gol. Ia merupakan gol yang tersangat padu dan cantik sehingga membuatkan ramai peminat terpegun, termasuk haters-haters yang mahu melihat Liverpool tewas sebelum perlawanan bermula.

Sebelum itu, Pep Guardiola berkata beliau percaya pemainnya akan memastikan Manchester City memenangi kesemua baki perlawanan.

Walau bagaimanapun, Salah nyata mempunyai pandangan yang berbeza dimana beliau mendakwa Liverpool akan muncul juara liga jika mereka mampu menang kesemua baki perlawanan liga selepas ini.

Selepas tamat perlawanan, Salah telah diajukan soalan dari wartawan Sky Sports mengenai kemungkinan Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

"Mengikut pendapat saya, ya."

"Kami hanya perlu fokus pada perlawanan kami dan berharap Manchester City akan keciciran mata."

"Saya ada mengikuti keputusan perlawanan Manchester City. Ia sebenarnya mampu membantu kami kerana ia menekan kami untuk bermain dengan lebih bagus."

"Anda perlu menjaringkan gol dan tidak boleh keciciran mata kerana saya tahu keputusan perlawanan Manchester City."

Gol Salah ketika mentang Chelsea semalam merupakan jaringan ke-21 beliau dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. Ia meletakkan Salah sebaris dengan Sergio Aguero dalam senarai penjaring terbanyak liga.

Salah menerima gaya Shaolin Soccer

Salah turut mengulas mengenai prestasi beliau yang merudum sejak kebelakangan ini yang mana Sadio Mane dan Roberto Firmino lebih mencuri perhatian di hadapan gol berbanding beliau.

"Situasi musim ini agak berbeza kerana saya mempunyai dua atau tiga pemain mengawasi saya. Mane mempunyai musim yang amat baik, sama juga dengna Firmino."

"Mereka menjaringkan lebih banyak gol dari musim lepas, kerana perhatian yang diberikan pihak lawan terhadap saya membolehkan mereka lebih bebas. Saya gembira dengan pencapaian Mane dan Firmino."




Paparkan Komen