Salah Pemain Pertama Memenangi 'POTM' 3 Kali Dalam Semusim

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Mohammed Salah merupakan pembelian musim panas dari AS Roma dengan yuran perpindahan sekitar Β£38 juta dan beliau telah membuktikan mengapa nilai tersebut agak kecil jika dibandingkan dengan impak yang telah dibawanya kepada pasukan Liverpool musim ini.

Pemain yang mendapat jolokan 'Raja Mesir' ini merupakan pembelian paling berbaloi dalam pasaran perpindahan bola sepak dunia musim dengan pelbagai rekod telah dipecahkan dalam musim pertama.

Setakat ini di Premier League tiada seorang pemain pun yang dapat menandingi tahap kelincahan, prestasi, jaringan gol dan ketajaman menyerang secara konsisten seperti Salah.

Disebabkan faktor inilah Spurs membuat bantahan kepada FA supaya memberikan jaringan gol Cristian Eriksen kepada Harry Kane untuk mengejar Salah sebagai penjaring terbanyak setakat ini.

Salah gambar. Ini bukan gambar Salah.

The Egyptian King memberi impak yang padu kepada Liverpool dan menjadi pemain disayangi di Anfield lantaran kehebatan di padang yang membawa Liverpool ke separuh akhir Champions League.

Kerendahan hati dan keperibadiaan yang mempameran akhlak yang tinggi diluar padang menambahkahkan rasa sayang orang ramai kepada Salah.

Kecemerlangan Salah membolehkan beliau dipilih sebagai Player of The Month (POTM) bukan Pesatuan Tomyam (tu PERTOM) bagi bulan Mac dan gelaran ketiga diraih Salah musim ini.

Kejayaan meraih anugerah pemain terbaik bulan buat kali ketiga ini menjadikan Salah pemain pertama meraih anugerah pemain terbaik bulanan 3 kali dalam satu musim.

Maka tidak hairanlah Salah kini dibandingkan dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo serta menarika minat Real Madrid dan Barcelona.

Sungguh menakjubkan rekod dicipta Salah. Pemain pertama dalam sejarah Premier League memenangi anugerah ini sebanyak 3 kali iaitu padu bulan November tahun lalu, Februari dan Mac.

Salah dijangka meraih anugerah Pemain Terbaik Tahunan walaupun mendapat saingan sengit daripada David Silva, Kevin de Bruyne dan Harry Kane.

Harap Spurs tidak membuat tuntutan supaya anugerah ini diserahkan kepada Kane.




Paparkan Komen