Sah Nelo Vingada Letak Jawatan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 hari yang lalu

Atas rasa tanggungjawab dan sebagai lelaki budiman, Nelo Vingada telah meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan berkuat kuasa serta merta.

The Profesor turut memaklumkan bahawa dua pembantu yang dibawa bersama turut sama melepaskan jawatan masing-masing.

1. Joao Arnaldo Correia De Carvalho - Penolong jurulatih
2. Francisco Jose Bruto Da Costa - Jurulatih kecergasan

"Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta."

NELO VINGADA LETAK JAWATAN KETUA JURULATIH KEBANGSAANSelepas mengadakan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku...

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Tuesday, December 5, 2017

"Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan."

Di bawah kendalian Vingada Harimau Malaya gagal mencatat sebarang kemenangan dan tersingkir dari saingan Piala Asia 2019.

Selepas agak cemerlang membawa pasukan Harimau Malaya, Vingada bola sepak Malaysia kembali bersinar seperti kepalanya dan Vingada berbangga dapat menyertai bola sepak Malaysia walaupun untuk tempoh yang singkat.

Formasi 4-6-0 genius yang digunakan oleh The Profesor pasti akan menjadi kenangan dan terpahat sebagai satu nostalgia dalam sejarah bola sepak Malaysia.




Paparkan Komen