Ronaldo Raih Hampir RM19 Juta Setiap Kali Menang Anugerah Individu

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 bulan yang lalu

Aksi Cristiano Ronaldo telah menarik minat Ferguson dalam aksi pada Ogos 2003 apabila Sporting menewaskan Manchester United 3-1 di Estádio José Alvalade, Lisbon. Aksi Ronaldo nyata membuatkan pemain United teruja dan Ferguson segera mengikat Ronaldo.

Ronaldo menyertai Manchester United pada 2003 dan menjadi pemain Portugal pertama menyertai pasukan Setan Merah dengan yuran perpindahan £12.24 juta sekaligus menjadi pemain muda paling mahal dalam sejarah bola sepak Inggeris ketika itu.

Ferguson ketika itu menyifatkan Ronaldo sebagai "one of the most exciting young players" yang pernah beliau lihat.

Ronaldo memakai nombor jersi nombor tujuh dan meneruskan legasi hebat yang ditinggalkan George Best, Eric Cantona and David Beckham.

Ronaldo menjaringkan gol ke-100 United pada 29 Oktober 2005. Selepas Ronaldo pergi tiada lagi yang mampu untuk mewarisi nombor tersebut.

Ketika tiba di United Ronaldo memohon untuk memakai jersi bernombor 28 seperti yang di pakai bersama Sporting tetapi Fergie memberikannya jersi nombor 7 dan the rest is history.

Kini hampir saban tahun Ronaldo berada dalam senarai Forbes sebagai antara ahli sukan yang menerima bayarang tertinggi dan pada Jun lalu senarai terbaru dikeluarkan Forbes Ronaldo berada ditangga kedua.

Pemain penyerang Portugal itu telah menjana pendapatan sebanyak $109 juta dalam tempoh 12 bulan menjadikan Ronaldo antara peneraju dalam 100 atlet terkaya dunia.

Pendapatan $109 juta diraih Ronaldo merangkumi gaji bernilai $65 juta dan $44 juta penajaan.

Gaji Ronaldo telah berkurang jika dibandingkan ketika berada di Real Madrid selepas menyertai Juventus pada 2018 dengan kontrak 4 tahun di mana gaji beliau hanya $64 juta je setahun.

Pemain berusia 34 tahun itu juga telah menerima bayaran yang pecah muka dan pecah kepala selepas menjadi antara muka utama jenama sukan terkenal dunia, Nike.

Dalam satu dokumen terbaru yang didedahkan oleh Football Leaks yang diberi nama 'Football Leaks 2' yang diterbitkan oleh majalah Der Spiegel mendedahkan bahawa Ronaldo akan menerima bayaran sebanyak €162 juta untuk kontraknya bersama gegasi pakaian sukan itu.

Kontrak yang dipersetujui pad 2016 itu akan membolehkan Ronaldo menerima €16.2 juta setahun untuk tempoh 10 tahun iaitu sehingga tahun 2026. Begitu besar kuasa pemasaran yang ada pada Ronaldo.

Perjanjian ini juga meliputi bonus bernilai €4 juta(RM18.62 juta) bagi setiap anugerah individu yang diraih oleh Ronaldo seperti Ballon d'Or yang dimenanginya tahun lalu.

Ronaldo telah memenangi anugerah Ballon d’Or da FIFA The Best pada tahun 2016 dan 2017, maka bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu telah menerima bonus seperti yang dipersetujui dalam kontrak daripada Nike.

Pemain Juventus itu telah mempunyai kontrak bersama jenama sukan US itu sejak tahun 2004 dan akan terus menerima €16.2 juta setahun sehingga tahun 2026 selagi bermain bersama kelab kategori A.

Nike telah memberi respon ringkas terhadap pendedahan ini dan memilih tidak menafikan atau mengesahkan perkara ini.

"Kami tidak akan memberi komen berkenaan kontrak atlit." Ringkas saja kenyataan Nike.

Pemain NBA, LeBron James sebelum ini dilaporkan menerima kontak seumuar hidup super lumayan dengan nilai $1 bilion.



Paparkan Komen