Ronaldo Jelaskan Kenapa Kurang Membuat Skill Bersama Real Madrid

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Ronaldo menyertai Manchester United pada 2003 dan menjadi pemain Portugal pertama menyertai pasukan Setan Merah dengan yuran perpindahan £12.24 juta sekaligus menjadi pemain muda paling mahal dalam sejarah bola sepak Inggeris ketika itu.

Ketika awal ketibaan Cristiano Ronaldo di Old Trafford ramai yang masih meragui dengan kemampuan Ronaldo ketika itu, sebulan selepas tiba dan membuat debut musim bersama Mancheter United ada yang mula mengecam Ronaldo.

Mereka menuduh Ronaldo membazirkan penguasaan bola dengan aksi-aksi yang tidak diperlukan di padang semasa perlawanan sebenar. Terlalu banyak memegang bola, membuat helah yang melampau kurang tenang dan cermat antara kelemahan Ronaldo di mata mereka.

Berpurah Ronaldo ketika tiba di United

Namun Ronaldo segera menyesuaikan diri dengan atmosfera Premier League dan hasilnya adalah sepertimana yang tercatat dalam sejarah. Biarlah sejarah yang berbicara sendir janganlah kita yang asyik bercerita tentang sejarah seperti satu kelompok penyokong itu.

Ronaldo memakai jersi bernombor tujuh dan meneruskan legasi hebat yang ditinggalkan George Best, Eric Cantona and David Beckham. Selepas Ronaldo pergi tiada lagi yang mampu untuk mewarisi nombor tersebut.

Ferguson Mengajar Ronaldo Menjadi Kuat

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson banyak memberi fokus kepada Ronaldo dalam meningkatkan mutu permainan pemain Portugal itu. Antara salah satu tabiat Ronaldo ketika itu adalah suka menjatuhkan badan seolah-olah terkena sawan apabila diterjah.

Apabila tidak diberikan sepakan percuma Ronaldo akan duduk di padang sambil mengangkat tangan meminta simpati walaupun permainan tidak dihentikan. Lelaki sejati seperti Roy Keane dan Rio Ferdinand sudah tentu menghentam Ronaldo kerana lemah dan lembik.

Adol akan menjadi sawan jika dijatuhkan, Imej :PA

Alex Ferguson segera mengesan kelembikan Ronaldo yang merugikan pasukan lalu Ferguson dan staf kejurulatihan telah menutup mata dan buat-buat tak nampak jika Ronaldo diterjah oleh rakan-rakan semasa sesi latihan.

Dan perkara ini telah didedahkan oleh bekas jurulatuh United, Tony Coton.

"Pak Alex telah menunjukkan apa yang dia nampak dalam diri Adol sebab tu la dibaginya jersi nombor 7 terus lepas beli Adol."

"Apa yang power tentang Pak Alex ni adalah kemampuannya mengesan kelemahan Adol. Pak Alex telah membuat satu misi untuk menguatkan Adol. Staf kejurulatihan disarankan menutup mata dan buat bodo jer jika nampak Ronaldo kena bantai masa latihan."

Masih adal lagi sawan tapi tidak serteruk dulu. Dah nama pun tabiat.

Dari asuhan Ferguson menjadikan Ronaldo semakin kuat seperti juara walaupun tidak minum milo kerana minum milo anda jadi sihat dan kuat.

Kurang Membuat Skil Bersama Real Madrid

Salah satu kelemahan terbesar Ronaldo ketika bersama United adalah sentiasa berlebihan dalam mempamerkan skill yang mana skill tersebut tidak diperlukan dalam perlawanan dan sekarang jika diperhatikan Ronaldo tidak lagi membuat aksi sia-sia.

Dalam temurahnya bersama YouTube freestyler Touzani pemenang Ballon D'Or sebanyak empat kali itu menjelaskan kenapa beliau kurang mempamerkan skill dan helah seperti zaman muda dahulu :

"Dalam perlawanan perkara yang paling penting adalah mencapai kemenangan dan jaringan gol yang membantu untuk menang. Kau boleh nak campurkan yang pertama sekali jaringkan gol dan selepas tu buat helaH dan buat bantuan gol.

"Tapi apa yang orang mahu adalah jaringan gol. Jadi aku cuba jaringkan gol jela.

Adol dan Oney berkongsi kenikmatan.  Imej : zwani.com

Ronaldo mengakui masih membuat skil tetapi tetapi sekerap ketika di Manchester United.

"Aku masih buat skil tapi tak macam kat Manchester dulu la, tapi aku masih buat. Sekarang aku lebih gemar untuk mejaringkan gol, aku fokus lebih untuk membuat gol. Skil tu dah jatuh nombor 3.

Seiring dengan perkembangan usia dan teknologi serta pakar IT , pakar ekonomi jaguh sukan dan juga jutawan, berkereta jenama negara megah menyusur di jalan raya Ronaldo telah mengubah cara permaianan dan menunjukkan kematangannya.

Kini Ronaldo lebih mementing gol dan bantuan gol berbanding helah dan skil kerana apa yang diperlukan dalam perlawanan adalah kemenangan.

Sumber : Sport Bible




Paparkan Komen