Ronaldo Dedahkan Nama Gelaran Yang Diberikan Kepada Rooney

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Cristiano Ronaldo dan Wayne Roonye pernah bergandingan bersama ketika di Manchester United menikmati kegemilangan dan kecemerlangan serta kebahagian bersama lalu mereka menjulang kejuaraan Eropah dan domestik.

Gandingan Rooney dan Ronaldo telah bersama selama 5 musim di Old Trafford menyaksikan mereka telah memenangi 3 gelaran Premier League dan satu gelaran juara Champion League selepas dua kali ke perlawanan akhir.

Carlos Tevez pula melengkapkan trio Rooney-Ronaldo-Tevez dalam menguasai bola sepak dunia yang menyaksikan mereka bermaharaja lela di padang selepas perpecahan trio ini Manchester United tidak lagi seperti dulu dan terumbang-ambing hingga kini.

Tevez Rooney Ronaldo. Ketika ini kemenangan bukan perkara luar biasa bagi United

Ketika menjadi rakan sepasukan Ronaldo dan Rooney telah ketawa bersama, menangis bersama mereka bersumpah harap mati pun bersama tetapi sejak dua menjak ini makin kerap mereka diganggu visi, bila celik juga bila mimpi.

Ketika di Manchester United Rooney telah mengorbankan tempatnya sebagai penyerang dan bermain lebih bertahan supaya Ronaldo tidak perlu melakukan tugas bertahan.

Cristiano Ronaldo merupakan pemain yang bijak bergantung kepada kekuatan dan kemampuan fizikal yang diperolehi dari kerja keras, disiplin, semangat yang kental dengan tidak mengenal erti putus asa apatah lagi hendak mengaku kalah.

Bakat dikurnia jangan disalah guna. Jangan kufur nikmat yang diberi percuma guna kelebihan untuk hikmah bersama, jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama, da berisi ada yang kurus, ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus.

Sayang kamu, rindu kamu

Kini Adol dan Oney telah membawa haluan masing, Adol terus cemerlang di Juventus selepas gemilang bersama Real Madrid. Oney pula membuat kelahiran semula dengan menjadi nadi penting DC United selepas mengalami musim suram yang agak panjang.

Dalam satu temuramah Ronaldo tanpa henti memuji Wayne Rooney dan menganggap belas rakan sepasukannya itu sebagai seorang yang menakjubkan dan kepoweran.

"Bagi aku, kepoweran Wayne Rooney adalah pada mentaliti dan kekuatannya."

"Oney(nama manja Rooney) tidak pernah berhenti. Oney rakan sepasukan yang sangat menakjubkan dan mampu menjaringkan gol. Oney menjaringkan gol penting. Bagi aku beliau sangat menakjubkan."

"Oney merupakan anak emas England. Semua orang sayangkan beliau. Oney budak menakjubkan."

Choke me daddy!

Ronaldo juga telah mendedahkan gelarannya kepada Wayne Rooney.

"Gelaran aku dan antara rakan pasukan kepada Oney, pit bull. Aku masih ingat bila beliau kehilangan bola beliau akan menjadi sangat kepoweran. Lelaki yang gagah dan rembatannya sangat tidak masuk akal."

Pit Bull terus Ronaldo panggil Rooney. Mungkin kerana keperkasaan dan semangat tanpa kalah Rooney.

Ronaldo juga tidak menolak kemungkinan beliau akan bergandingan lagi dengan Rooney di masa hadapan.

"Oney menjaringkan banyak gol kot. Apa lagi aku nak kata? Aku rindu bermain bersama Oney. Di masa depan siapa tahu. Mungkin satu hari nanti kami akan main bersama lagi."

Inilah Pit Bull berdasarkan carian google.




Paparkan Komen