Reaksi Akaun Twitter Schalke '07' Yang Mencuit Perasaan Ketika Dibelasah City

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Dalam perlawanan awal pagi tadi, Manchester City tanpa belas kasihan membelasah Schalke 7-0 di gelanggang sendiri untuk layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan aggregat 10-2.

Kemenangan 10-2 secara aggregat yang dicatatkan The Citizens ke atas Schalke 04 awal pagi tadi merupakan kemenangan terbesar yang pernah diraih pasukan dari England dalam pertandingan tersebut.

Akaun Twitter FC Schalke 04 berjaya menarik perhatian netizen dengan status-status yang mencuit hati ketika pasukan mereka dibelasah Manchester City

Dengan kemenangan tersebut, sekurang-kurangnya 3 pasukan dari England akan bersaing dalam peringkat suku akhir dengan Liverpool berpeluang untuk menambah jumlah tersebut sekiranya mereka mampu menyingkirkan Bayern Munich malam ini.

Kali terakhir 3 pasukan dari England layak ke peringkat suku akhir adalah pada musim 2010/2011.

Schalke yang tidak diberi harapan tinggi untuk layak menepati ramalan apabila sekadar menjadi pasukan pelengkap jadual dan menjadi mangsa nafsu serakah Manchester City.

Ia merupakan malam yang ingin dilupakan setiap peminat Schalke 04 selepas melihat pasukan mereka dibelasah tanpa belas kasihan oleh anak buah Pep Guardiola.

Walau bagaimanapun, kekalahan Schalke tidak menghalang akaun Twitter kelab berkenaan untuk memuat naik status bagi memberi gambaran perjalanan perlawanan tersebut.

Walaupun perit untuk dilakukan, akaun Twitter tersebut membuat satu kelainan apabila memberikan reaksi yang mencuit perasaan setiap kali gawang Schalke dibolosi pihak lawan.

Ia berjaya menarik perhatian pengguna alam maya yang jelas 'tercuit' dengan lawak jenaka yang dibuat oleh akaun Twitter terbabit.

Tahniah kepada admin Twitter Schalke 04 kerana content yang sangat menarik. Admin kelab-kelab bola sepak di Malaysiaย  mungkin boleh mempelajari langkah yang diambil Schalke dalam menceriakan peminat mereka yang sedih.




Paparkan Komen