Rating Membabi Buta Kelayakan Piala Asia Hong Kong Menentang Malaysia

Mohammad Safwan oleh Mohammad Safwan 1 minggu yang lalu

Rating ini sekali lagi dibuat secara Membabi Buta dengan mengikut hawa nafsu bagi perlawanan yang diwarnai satu kad merah dan menyaksikan Malaysia sekali lagi gagal menewaskan Hong Kong, kali ini kalah 2-0.

Benar kata-kata yang berbunyi kalah menang adat permainan, tetapi kalah, kalah, kalah, kalah janganlah dijadikan satu adat.

Hong Kong vs Malaysia. Kelayakan Piala Asia 2019.

1. Hafizul (5)

Nasib kau la yob. Dapat rakan pasukan yang power. Berapa kali buat rutin save.

Penjaga Gol Harapan Negara

2. Shahrol Kalam (4)

Apa yang kita dapat bila mempunyai dua pemain pertahanan tengah mengelabah dan selalu buat kesilapan mudah. Ya, kita dapat bala dan bencana.

Shahrol Yang Kelam

3. Helmi (3)

Dua kali clearing tidak bijak dia menyebabkan nyaris pasukan kita dibolosi dengan gol mudah.

Hai

4. Nazirul (5)

Bergelut dengan pemain sayap pasukan lawan. Beberapa kali dia ditewaskan dan beberapa kali juga dia melakukan tackling keras untuk menghentikan pasukan lawan.

5. Davies (5)

Entah-entah lepas ini, dia balik nak main dengan Australia balik. Geleng kepala dia. Menyesal pun mungkin ada.

Matthew Davies | Gambar Kredit : Goal.com

6. Kiko Insa (3)

Macam pikul kerbau dekat bahu dia. Sambil pikul, sambil berlari. Berat nak mampus. Tak ada fungsi langsung.

Super Saiya Blue [ Ligaolahraga.com]

7. Syameer (6)

Permulaan yang baik. Konfiden dengan bola. Pintasan yang tepat. Tapi bila pemain idola dia dilayangkan kad merah terus bertukar menjadi Hulk Hogan. Cuba mengikut idola dia dengan membuat terjahan keras.

8. Badrol (2)

Dulu ada khabar angin liar mengatakan Badrol ni di intai oleh kelab EPL iatu Wigan. Sekarang aku syak, pihak pengurusan Wigan cepat-cepat delete apabila melibatkan nama Badrol.

Ewah!

9. Safiq Rahim (-10)

30k..30k..30k..30k. Cukuplah itu ulasan mengenai beliau. Kalau aku terjemahkan ke dalam bentuk penulisan, tak berkesudahan.

Sana 30k, Situ 30k, Bawah 30k. Semuanya 30K

10. Safawi Rashid (3)

Dia pun pening. Penyerang ke pemain sayap, penyerang ke pemain sayap? Taktikal nak kelirukan pihak lawan, tapi dengan-dengan pemain kita sekali terkeliru.

11. Syazwan Zainol (4)

Cuba bermain bola, namun malangnya rakan sepasukannya tak nak bermain bola.

Sub

1. Darren Lok (2)

Vingada melihat pemainnya di bangku simpanan. Dia melihat seorang pemain berwajah eropah.

"Ah, Muka macam Ronaldo ni. Mesti power ni".

Dan separuh kedua beliau dimasukkan. Asal muka eropah kacuk terus pilih serap masuk. Lepas tu bangang kabor tak ada penyerang berkualiti.

2. Akram (2)

Masuk hanya sekadar untuk melakukan rutin pertukaran.

3. Wan Zack (4)
Cuba memberikan nafas dan nyawa baru untuk pasukan. Namun sayangnya. Kerosakan telah berlaku.

Bonus Rating

Vingada (100000000000)

Tanpa kemenangan dan kad merah yang berterusan. Taktikal yang sangat pelik. Pemilihan pemain yang meragukan dan ya. Kita berada di landasan yang tepat untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2019 serta ke Piala Dunia. InsyaAllah.

Papa Mourinho Dan Papa Vingada Bersahabat Baik




Paparkan Komen