Ramsey Mohon Maaf Dari Ronaldo Kerana Curi Gol Sepakan Percuma

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 hari yang lalu

Aaron Ramsey telah mendedahkan bahawa beliau telah memohon kemaafan daripada Cristiano Ronaldo selepas beliau telah dituduh mencuri gol hasil sepakan percuma Cristiano Ronaldo ketika menentang Lokomotiv Moscow.

Dalam perlawanan menentang Lokomotiv Moscow disaingan kumpulan D UEFA Champions League, Ronaldo telah mengambi sepakan percuma pada minit ke-3 perlawananan.

Sepakan Ronaldo gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Lokomotiv Moscow, Guilherme Marinato lalu bola pun meleleh menuju ke gawang.

Ketika bola itu hampir masuk dan Ronaldo hampir mendapat gol sepakan percuma pertamanya, Aaron Ramsey hadir untuk menolak masuk bola ke gawang.

Disaat Ramsey menolak masuk, bola tidak melepasi garisan gol sepenuhnya dan bola itu menjadi milik bekas pemain Arsenal itu.

Satu tindakan yang biasa lagi normal bagi pemain bola sepak untuk memastikan gol itu menjadi milik pasukan dan Ramsey namun gol ini telah disensasikan oleh media dan disukai pula orang pembaca.

Lalu Ramsey tampil meminta maaf dan memberi penjelasan tentang insiden ini walaupun tidak perlu pun tindakan Ramsey ni.

"Aku fikir penjaga gol sangat dekat dengan aku dan mempunyai peluang untuk terbang dan mungkin akan mengeluarkan bola."

"Naluri aku mengambil alih bagi memastikan bola itu melepasi garisan gol. Aku mohon maaf kepada Ronaldo."

Pemain sensasi yang sudah mencecah usia 34 tahun itu gagal dalam 29 percubaannya ketika mengambil sepakan percuma satu rekod yang agak padu.

Ramsey menjadi pemain British pertama menjaringkan gol buat Juventus di Champions League dan gol kedua peribadi sejak menyertai the old lady.

Ronaldo telah terlepas peluang untuk menjaringkan gol yang ke-14 musim ini.



Paparkan Komen