Ramalan Redknapp Van Dijk Akan Membawa Liverpool Ke Tahap Lebih Tinggi Tenyata Benar

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Bekas pemain Liverpool, Jamie Redknapp percaya Virgil van Dijk mampu membawa Liverpool ke tahap yang lebih tinggi dan turut berkata Liverpool berpeluang besar untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

Redknapp yang pada ketika itu bekerja sebagai pengulas sukan di Skysports, berharap pembelian rekod kelab bernilai £75juta ini mampu memberikan suatu kelainan baru buat pasukan Liverpool.

Redknapp turut menambah Liverpool harus mencari penjaga gol baharu musim panas ini bagi menggantikan penjaga gol sedia ada yang tidak konsisten.

Inilah ramalan dan telahan yang dibuat Jamie Redknapp selepas Liverpool mengikat Virgil Van Dijk dari Southampton 18 bulan lalu dan kini Van Dijk telah menjadi antara pemain pertahanan terbaik dunia.

Bersama kelab atau pasukan kebangsaan Belanda, Van Dijk ternyata kebal dan sukar untuk ditembusi oleh pemain handalan dunia termasuklah Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Musim ini menyaksikan Liverpool sekali lagi kempunan dalam misi mereka merangkul trofi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama (format baru). Manchester City jauh meninggalkan pasukan pencabar lain tetapi Liverpool wajar diberikan kredit kerana berjaya memusnahkan rekod tanpa kalah anak buah Pep Guardiola musim ini.

Walaupun memiliki jentera serangan terbaik di England, masalah besar Liverpool adalah pada bahagian pertahanan yang sering kali dibolosi dengan mudah. Jurgen Klopp akhirnya berjaya masuk pemain sasarannya musim panas lalu, Van Dijk pada jendela perpindahan Januari dalam usaha beliau memperbaiki aspek pertahanan The Reds.

Redknapp ketika berkata kepada Skysports, percaya Klopp telah menyelesaikan masalah bahagian pertahanan tetapi Liverpool perlu mencari penjaga gol baru jika mereka serius mahu mencabar kejuaraan liga musim hadapan.

"Liverpool berjaya menjual Philippe Coutinho kepada Barcelona dengan jumlah yang sangat besar, dan membawa masuk pemain yang sangat diperlukan Liverpool, Virgil van Dijk dengan nilai £75juta."

"Saya percaya Liverpool sangat memerlukan pemain pertahanan baru daripada mereka memerlukan Coutinho. Jika Liverpool berjaya membawa permainan Van Dijk ke tahap yang seperti mereka harapkan dan menjadi pemimpin di bahagian pertahanan, pemain ini mampu menjulang Liverpool ke satu tahap yang lebih tinggi."

"Musim depan, Liverpool sudah boleh bersedia untuk bersaing dengan Manchester City. Melihatkan kekuatan Liverpool di bahagian serangan dan kelemahan di bahagian pertahanan, perjanjian Van Dijk merupakan urusniaga yang sangat baik buat kelab."

"Posisi seterusnya yang perlu diperbaiki Klopp adalah penjaga gol. Tetapi saya rasa Liverpool perlu menunggu sehingga musim panas nanti."

"Simon Mignolet dan Loris Karius adalah dua penjaga gol yang baik tetapi apabila kita melihat Ederson di Manchester City yang mampu mengubah keputusan sesuatu perlawanan."

"Musim lepas, Claudio Bravo sangat gementar dan rapuh. Walaupun Ederson ada melakukan kesilapan jarang seperti yang kita lihat ketika perlawanan Liverpool, beliau telah menampilkan persembahan yang sangat cemerlang buat City."

Selepas 6 bulan Van Dijk bersama Liverpool, Klopp telah membawa masuk Alisson Becker daripada AS Roma dan kecemerlangan kedua-dua pemain ini telah membawa Liverpool muncul juara Eropah dan hampir menjulang Premier League.

Van Dijk telah membuat 72 penampilan, 39 permainan tanpa bolos, 7 gol dan telah di pilih sebagai PFA Player of the year serta menjadi juara Champions League. Kereta kebal dari Belanda ini juga menjadi calon pilihan Ballon d,Or.

Sejak menyertai Liverpool power this is our year yang merupakan pasukan paling hebat di muka bumi ini, Alisson mencipta sejarah sebagai pemain pertama memenangi 3 anugerah tangan(Golden Gloves) emas semusim.

1. Premier League 2018/2019
2. UEFA Champions League 2018/2019
3. Copa America 2019




Paparkan Komen