Pochettino: Hati Kane Terguris Selepas Digelar Gilakan Gol Di Media Sosial

Izuddin oleh Izuddin 6 hari yang lalu

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino mendakwa Harry Kane terkesan dengan kecaman yang diterima beliau di media sosial berhubung insiden 'claim' gol ketika pertemuan Spurs menentang Stoke City tempoh hari.

Dalam perlawanan tersebut, Tottenham berjaya mencatatkan kemenangan berharga 2-1 di tempat lawan untuk terus menekan kedudukan Liverpool dan Manchester United dalam persaingan merebut slot automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Kane mempunyai hati yang rapuh. Jangan kacau dia

Apa yang menjadi tajuk perbualan hangat adalah gol kemenangan Spurs yang dijaringkan menerusi sepakan percuma Christian Eriksen. Keputusan awal menyaksikan gol tersebut dianugerahkan kepada Eriksen tetapi Kane ketika ditemuramah selepas tamat perlawanan berkata bola tersebut terkena dadanya sebelum menerjah jaring.

"Saya bersumpah atas nama anak perempuan saya yang saya menyentuh bola tersebut! Tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan untuk mengubah keputusan tersebut."

"Jika mereka mahu mengubah keputusan tersebut, mereka akan mengubahnya. Jika mereka percaya dengan apa yang saya cakap, mereka akan mengubah keputusan tersebut. Tetapi apa yang lebih penting adalah kami menang perlawanan tersebut."

Tottenham membuat rayuan kepada pihak Liga Perdana Inggeris untuk memberikan gol tersebut kepada Kane dan rayuan mereka akhirnya membuahkan hasil, sekali gus ia menjadi gol ke-25 beliau dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kane bersumpah demi anaknya yang bola terkena sikit badannya. Percayalah

Dengan keputusan tersebut, Kane kini hanya ketinggalan 4 gol sahaja di belakang pendahulu keseluruhan, Mohamed Salah yang mengumpul 29 gol setakat ini.

Jika Kane berjaya memintas Salah dalam senarai penjaring apabila musim berakhir, beliau bakal menjadi pemain ke-3 dalam sejarah Liga Perdana Inggeris muncul penjaring terbanyak untuk 3 musim berturut-turut. Pemain pertama dan kedua yang melakukannya adalah Alan Shearer dan Thierry Henry.

Selepas keputusan gol tersebut diumumkan, Kane menerima banyak kecaman dari segenap pihak di media sosial yang mengecamnya terdesak untuk memenangi anugerah Kasut Emas musim ini.

Walaubagaimanapun, Pochettino mendakwa beliau tidak terlibat sama sekali dalam proses rayuan tersebut dan berkata kecaman dari pihak luar terhadap Kane bukan isu yang besar.

"Sudah tentu, Kane tidak sangka perkara ini merebak menjadi isu yang besar. Kane sangat yakin bola tersebut terkena dirinya sebelum ia menerjah jaring."

"Normal buat Kane untuk berasa sedikit kecewa atas kecaman yang diterimanya kerana sama seperti pemain lain, beliau juga mempunyai Twitter dan Instagram. Penyokong Spurs akan berdiri teguh dibelakangnya manakala penyokong pasukan lawan akan cuba 'membunuh' beliau."

Tiada konflik antara Eriksen dan Kane atas apa yang berlaku

"Kane berasa kecewa kerana beliau tidak mahu perkara ini berlaku. Kadangkala perkara yang kecil jika dibiarkan lebih lama akan menjadi perkara yang besar. Dan pada satu tahap anda tidak mampu menghalangnya lagi."

"Itulah yang berlaku sekarang dan Kane akan belajar dari pengalaman ini."

Pochettino turut mendakwa rayuan yang dikemukan Spurs berhubung isu gol tersebut tidak akan menjejaskan suasana di bilik persalinan kerana Kane dan Eriksen bersetuju dengan apa yang berlaku ketika perlawanan tersebut.

"Harry adalah pemain yang jujur, beliau tidak akan menipu mengenai situasi tersebut. Tambahan pula ini bukan isu yang besar buat pasukan ini."

Kane Menjadi Bahan Jenaka Salah dan Rakan-Rakan Serta Dunia Bola Sepak

Tottenham Hotspurs telah meminta FA untuk menyemak kembali gol yang dijaringkan Cristian Eriksen dan diberikan kepada Harry Kane kerana melakukan sentuhan ketika bola itu masuk ke jaring.

Ketika permohonanini dibuat perkara ini telah menjadi bahan lawak di sosial media dan apabila FA membuat keputusan bahawa gol itu menjadi milik Kane semakin bersemarak troll terhadap Kane seperti mana jatuhnya hari mengundi pada rabu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berbunyi jika dibaca kuat-kuat :

"Pada asalnya di hari kejadian gol diberikan kepada Cristian Eriksen. Namun selepas mendengar hujah pemain dan menyemak kembali cuplikan perlawanan. Tiga panel telah bersetuju bahawa sentuhan terakhir bola tersebut adalah dari Harry Kane."

Keputusan ini juga menjadikan jaringan Harry Kane kepada 25 gol dan hanya 4 gol dibelakang Mohammed Salah yang mencetak 29 gol bersama Liverpool di Premier League.

Mohammed Salag tidak terkecuali untuk mempersoalkan tindakan FA dengan satu Tweet yang ringkas tapi padat serta mencuit hati.

Tweet Salah ini kemudian disambut oleh rakan sepasukan nya di Liverpool.

“Wooooooow really?”

Selain jadi bahan jenaka, Kane juga dikecam dan dibawang selumat-lumatnya.

Inilah Gol diclaim Kane

Harry Kane kembali semula bersama Spurs selepas mengalami kecederaan kehancuran buku lali.

Spurs tiada masalah untuk menewaskan Stoke City sekaligus mencatat kemenangan ke-6 berturut-turut.

Tiga gol terhasil dalam tempoh 10 minit di mana Cristian Eriksen meletakkan Spura dihadapan pada minit ke-52.

Lima minit kemudian ketika perlawanan memasuki minit ke-57 Mame Biram Diouf menyamakan kedudukan selepas Hugo Lloris melakukan kesilapan.

Eriksen menjaringkan gol kemenangan melalui sepakan percuma yang mengelirukan.




Paparkan Komen