Pochettino Gembira Lihat Sir Alex Ferguson Kembali Terlibat Dengan Pasukan Utama United

Izuddin oleh Izuddin 10 bulan yang lalu

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino memuji tindakan yang dilakukan Ole Gunnar Solskjaer mengundang Sir Alex Ferguson untuk kembali terlibat dengan pasukan utama Manchester United.

Sebelum ini, Solskjaer menjemput mentornya itu untuk hadir ke padang latihan United untuk memberikan kata-kata perangsang kepada para pemain dalam usaha mereka untuk mendaki carta Liga Perdana Inggeris seterusnya mengubah nasib United musim ini.

Ferguson ni macam bapa bola sepak dari kaca mata Pochettino

Tottenham akan melayan kunjugan Manchester United di Wembley Stadium pada hujung minggu ini dan Pochettino memberi pujian kepada Solskjaer kerana mengambil langkah tersebut untuk membantu mengubah nasib Red Devils.

"Ia merupakan berita yang fantastik kerana Sir Alex Ferguson adalah bola sepak, dan bola sepak adalah Sir Alex Ferguson. Untuk beliau kembali terlibat dalam sukan ini merupakan satu perkara yang besar dan penting."

"Saya ada menghantar ucapan semoga cepat sembuh kepada Ferguson ketika beliau sakit dulu. Saya tidak boleh menyembunyikan kekaguman dan hubungan baik saya dengan beliau. Beliau merupakan salah seorang pengurus yang saya sangat hormati, beliau satu inspirasi."

"Kami pernah makan tengah hari bersama di London pada tahun 2016 dan sejak itu, kami mempunyai hubungan yang baik. Kami merupakan 'orang' bola sepak."

"Adakah Ferguson telah memberikan tenaga baru kepada Manchester United ? Beliau adalah pengurus terbaik sepanjang sejarah. Untuk melihat beliau setiap hari adalah perkara yang besar. Ferguson ni macam 'wiki' untuk bola sepak."

Solskjaer meminta bantuan Ferguson untuk mengembali semangat pemain United yang rabak teruk dek penangan Mourinho

Untuk rekod, sepanjang Ferguson memegang tampuk pengurusan di Old Trafford, United sering mendominasi Spurs sehingga wujud satu legenda mengenai 'team talk' Ferguson sebelum bertemu Spurs yang memperkecilkan pasukan tersebut.

Perkara tersebut didedahkan oleh bekas kapten Manchester United, Roy Keane yang mendakwa Ferguson tidak memandang Spurs sebagai satu pasukan yang kuat.

"Ferguson masukĀ  ke dalam bilik dan berkata, 'Lads, ini adalah Tottenham'. Dan itu sahaja yang beliau katakan. Memang bijak."

Walau bagaimanapun, dominasi United terhadap Spurs sudah berada dalam lipatan sejarah dengan Spurs mula menunjukkan prestasi yang cemerlang dan United pula semakin merudum sejak persaraan Ferguson.

Spurs kini berada di tempat ke-3 dalam Liga Perdana Inggeris dan 7 mata di hadapan Manchester United. Sekiranya Spurs berjaya menang malam esok, ia bakal menjadi 3 kemenangan berturut-turut Spurs ke atas United.

Kali terakhir dua pasukan ini bertemu Setan Merah dirogol 3-0 tanpa balas di tempat sendiri. Malu

"Kami sudah menewaskan mereka dalam 3 perlawanan terakhir di tempat sendiri dalam Liga Perdana InggerisĀ  - dua kali di White Hart Lane dan sekali di Wembley."

"Saya tidak tahu apa yang berlaku pada masa lepas tetapi perlawanan seperti menentang Chelsea dalam separuh akhir Selasa lalu amat menggembirakan saya. Mungkin persembahan kami bukan pada tahap yang terbaik tetapi kami bersaing dengan baik sekali."



Paparkan Komen