PKNP FC dan Negeri Sembilan Dinaikkan Ke Liga Super

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Tuah ayam nampak di kaki, tuah pasukan bola sepak nampak dekat pasukan PKNP FC dan Negeri Sembilan yang dinaikkan ke Liga Super selepas T-Team dan Felda United diturunkan ke Liga Premier untuk musim 2018.

Keputusan ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi.

T-Team akan bermain di Liga Premier selepas Terengganu melakukan pengstrukturan semula di mana T-Team akan menjadi feeder club kepada Terengganu FC dan dijenamakan dengan nama Terengganu FC II.

Oleh kerana permohonan ini, FMLLP terpaksa menurunkan Terengganu II atau ke Liga Premier. Mengikut peraturan feeder club Terengganu FC dan Terengganu FC II tidak boleh bertanding dalam pertandingan yang sama.

Felda United terpaksa bermain di Liga Premier bermula musim 2018 kerana ketiadaan lesen untuk bertanding. Selepas dibuat pertimbangan yang amat serius, FMLPP mencapai keputusan untuk tidak membenarkan Felda United bertanding dalam Liga Super 2018.

Dengan tersingkirnya Felda United dan T-Team ke Liga Premier maka terdapat dua kekosongan slot di Liga Super yang perlu diisi dan Lembaga Pengarah FMLLP memuktamadkan bahawa slot ini diisi oleh PKNP FC dan Negeri Sembilan.

Menurut CEO FMLLP, Kevin Ramalingam tiada lagi kemungkinan untuk play-off kerana Sarawak juga tidak mempunyai lesen jika untuk bermain di Liga Super 2018.




Paparkan Komen