Piala Dunia Wanita 2019 : Kebangkitan Australia Ketinggalan Dua Gol Menewaskan Brazil

Eikrem oleh Eikrem 3 bulan yang lalu

Piala Dunia Wanita 2019 di Perancis mungkin tidak mendapat perhatian seperti Piala Dunia di Russia pada tahun lalu, namun tidak dapat disangkal bahawa kualiti permainan pemain wanita dari kebanyakan negara sudah meningkat naik.

Dalam satu perlawanan semalam, pasukan Australia telah bangkit selepas ketinggalan dua gol.

Gol pertama pasukan Brazil dijaringkan bekas pemain terbaik dunia, Marta menerusi sepakan penalti. Gol tersebut juga menyaksikan Marta mencatatkan rekod menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia. Hebat tu tuan-tuan.

Selepas gol tersebut Brazil menggandakan jaringan menerusi Cristiane Rozeira sebelum Caitlin Foord merapatkan kedudukan buat Australia di penghujung babak pertama.

Separuh masa kedua Brazil bagaikan hilang arah dan membenarkan Australia mengasak kubu mereka dan akhirnya pada minit ke-58 Chloe Lozargo menyamakan kedudukan.

Malang buat pertahanan Brazil, Monica Alves apabila terjaringkan gol sendiri pada minit ke-66 sekaligus berkongsi mata dengan pasukan lawan dalam kumpulan C.




Paparkan Komen