Peraturan Baru Bola Sepak Bermula Musim 2019/2020

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Badan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board, IFAB) telah meluluskan beberapa peindaan yang sudah termaktub dalam peraturan bola sepak (Laws of the Game).

Perubahan peraturan ini akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2019 dan kejohanan yang bermula sebelum tarikh ini mempunyai pilihan mahu menggunakan peraturan baru ini atau tidak.

Ini bukanlah kali pertama pindaaan peraturan dilakukan dalam bola sepak. Sudah semestinya sesuatu yang baru itu akan menimbulkan perdedebatan, tapi itu bukan masalah aku pun.

Semoga kau faham apa yang aku tulis ni.

1. Handball (Bola Terkena Tangan)

Jika seorang pemain tanpa sengaja dan tidak berniat menjaringkan gol menggunakan bahagian tangan/lengan maka jaringan tersebut TIDAK dibenarkan.

Peraturan ini juga menyebabkan bola yang tertampan tangan pemain juga tidak dikira.

Tangan tetap tangan! Tak kira sengaja atau tidak!

Tiada lagi pertikaian terkena tangan secara sengaja atau tidak selepas ini.

Kena tangan tetap kena tangan. Ko main bola sepak bukan main bola baling.

2. Pemain Yang Digantikan

Pemain yang digantikan dengan pemain simpanan boleh meninggalkan padang dari mana-mana bahagian padang yang terdekat dan tidak perlu keluar dari bahagian tengah padang.

Keluar terus dari padang ke dari kawasan terdekat, Tak payah nak salam-salam, peluk-peluk.

Peraturan ini boleh mencegah cubaan untuk pasukan melengahkan masa.

3. Tiada Pemain Penyerang Dibenteng

Pemain penyerang lawan tidak dibenarkan lagi untuk berdiri bersama pemain pertahanan yang bertahan untuk membuat benteng ketika sepakan percuma dan pemain penyerang lawan perlu berada sejauh 1 meter dari benteng.

Jangan gatal-gatal nak berdamping dengan wall.

Benteng hanya boleh dilakukan oleh pemain pertahanan pasukan bertahan ini bagi mengelakkan insiden gangguan d di benteng lawa seperti tolak menolak atau mencilok.

4. Drop ball (Jatuhan Bola)

Tiada lagi drop ball digunakan apabila perlawanan dihentikan bukan disebabkan oleh perkara normal dalam permainan seperti kekasaran atau salah laku.

Pasukan terakhir yang memegang bola sebelum perlawanan dihentikan akan memulakan kembali permainan dan terpulang kepada kepada pasukan itu samada mahu memberi bola kepada lawan atau tidak.

Aksi yang ikonik dari Wayne Rooney ketika drop ball.

5. Penalti dan Penjaga Gol

Penjaga gol tidak lagi dibenarkan bergerak atau menyentuh tiang gol sebelum sepakan penalti dan tidak dibenarkan untuk berada di belakang garisan gol.

Ini adalah haram!

Penjaga gol sekurang-kurangnya menyentuh garisan gol dengan sebelah kaki atau sebaris dengan garisan gol.

6. Goal Kick (Sepakan Gol)

Pemain pertahanan boleh masuk ke kotak 18 ela dan mengambil bola selepas sepakan gol dilakukan untuk membina permainan.

Tak payah duk luar kotak penalti dah.

Sebelum ini pemain pertahanan hanya bola mengambil bola dari sepakan gol di luar kotak penalti.

7. Jurulatih Dilayangkan Kad

Jurulatih atau pengurus akan dilayangkan kad kuning atau merah sama seperti pemain jika melakukan sesuatu melampaui batas dengan tidak menjaga adab dan sopan serta melakukan kekecohan.

Jika berlaku kekecohan di tepi padang dan pesalah tidak dapat dikenal pasti maka jurulatih paling senior yang berada dibangku simpanan akan menerima hukuman.

Sumber : Goal



Paparkan Komen