Pep Guardiola Mendedahkan Falsafah Di Sebalik Kemenangan Liga Penuh Bergaya

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 hari yang lalu

Ketika Pep Guardiola mula memegang tampuk kepimpinan baru di Manchester City ramai ragu-ragu dengan kemampuan untuk mengulangi kejayaan seperti di Barcelona dan Bayern Munich.

Bersama Barcelona, Pep mewarisi skuad yang dipenuhi pemain berbakat dan bakal berada dipuncak prestasi. Hasilnya Pep menjadi Super Saiya dan kemudian meletakkan jawatan untuk bersama Bayern Munich yang dibarisi pemain yang power.

Oleh sebab itu semasa mula mengambil City ramai ragu-ragu dan menyatakan City akan bangkrap dan hak istimewa rakyat City akan hilang serta rakyat asing akan mengusai City jika Pep memimpin.

Pada musim pertama Pep masih dalam proses membentuk pasukan serta kurang konsisten tetapi sinar sudah nampak seperti kepalanya. Namun masih ada yang sangsi. Tempoh 8 bulan terakhir ini terus menutup mulut pengkritik dengan aksi yang padu dari City.

Musim yang penuh menakjubkan buat Manchester City dan Pep adalah kunci disebalik kepoweran itu. Pemain seperti
Bacary Sagna, Gael Clichy dan Pablo Zabaleta telah dilepaskan dan digantikan dengan pemain muda berbakat seperti Benjamin Mendy, Danilo dan Aymeric Laporte.

Taktik dan kaedah yang diterapkan Pel nyata menjadi dan bersinar di padang. Yang bersinar di tepi padang adalah kepala Pep. Raheem Sterling, Bernardo Silva dan Kevin de Bruyne nyata menyerlah di bawah Pep.

Dalam satu video yang dikeluarkan di laman Twitter rasmi Manchester City, Pep telah menjelaskan falsafah yang dipegang bagi menjadikan City pasukan yang hebat.

"Hanya satu yang aku tahu adalah apabila mereka berehat mereka akan membuat persediaan terbaik untuk menewaskan kami.

"Jadi kami perlu lebih bersedia. Banyakkan latihan dan bersedia dengan lebih bagus adalah satu-satunya cara yang aku tahu untuk kekal ditahap ini.

"Kau berlatih bukan hanya dengan 11 pemain. Kau berlatihlah dengan semua ahli pasukan kau. Jelas Guardiola."

Invincibles bukan milik kami.

"Idea yang akan kami lakukan sangat penting. Kau mesti melakukan hantaran demi hantaran, hantaran yang lebih akan membantu kau untuk sentiasa bersama.

"Kalau hantaran tinggi sangat sampai 20k tu kau carilah calon lain. Putuslah, tidak perlu lagi bersama.

"Kami lari untuk mendapatkan bola, bukan lari hanya sekadar lari. Menekan lawan bukab sekadar memberi tekanan.

"Kami percaya, jika kami memegang bola dengan lebih kerap, maka kami semakin hampir untuj menjaringkan gol."

Simple, City Power!

"Tanpa bola, semua pemain akan berlari. Dengan bola di kaki kami akan cuba bermain. Kami biarkan mereka berlari bagi mendapatkan masa yang tepat untuk menyerang dan membuat keputusan yang tepat.

"Inilah perkara paling sukar dalam bola sepak. Apa yang aku mahu adalah tidak hilang bola. Bermain dengan mudah dan membuat benda mudah.

"Yang lain-lain? Ini kerana kami bagus."

Pep berpeluang memecahkan rekod Mourinho.

Jika didengari falsafah Pep sangat mudah tetapi memerlukan latihan dan fokus yang lebih. Maka tidak hairanlah Pep membawa City mengharungi musim luar biasa.

Musim menakjubkan bagi City di mana mereka hanya teqas dua perlawanan sahaja dari 33 perlawanan setakat ini di kaki Liverpool dan Manchester United.

Pep hanya memerlukan 3 kemengan dari 5 baki perlawanan untuk mencatat rekod baru, kemenangan terbanyak di tempat lawan dalam semusim.

Pep juga berpeluang memecahlan rekod yang dipegang Jose Mourinho sejak 13 tahun lalu apabila membawa Chelsea muncul juara denagn 95 mata.

Kini City mengumpul 87 mata dan hanya memerlukan 9 mata atau 3 perlawanan untuk memecahkan rekod tersebut dan mungkin Pep akan meraih 100 mata jika menang semua baki perlawanan.

Power dan luar biasa.




Paparkan Komen