Penyokong England Merosakkan Barang Di IKEA dan Ambulans

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 bulan yang lalu

Penyokong England telah bertindak liar dan ganas ketika meraikan kejayaan pasukan Tiga Singa mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 selepas kali terakhir mara sejauh ini pada Piala Dunia tahun 1990.

England berjaya menewaskan Sweden dengan dua jaringan tanpa balas hasil tandukan daripada Harry Maguire dan Dele Alli pada peringkat separuh dan kemenangan terus menyemarakkan lagi penyokong England bersorak 'It's coming home'.

Para penyokong yang tidak dapat mengawal keseronokan dan kegembiraan serta berada dalam keadaan mabuk telah merosakkan dan hampir memusnahkan kedai perabot terkemuka dunia yang berasal dari Sweden, IKEA.

Penyokong England sememangnya terkenal dengan keganasan dan keraian yang liar ini sudah dijangka namun tidak serteruk ini dengan mulut huduh lagi berpuaka memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Di Stratdord London sekumpulan penyokong yang hilang kawalan telah menceroboh salah satu cawangan IKEA kedai perabot dari Sweden itu dimusnahkan. Mereka melompat di atas katil membaling barang-barang seperti Setan.

Pengawal keselematan IKEA telah dilaporkan cuba menghalang penyokong England meraikan di dalam kedai tetapi gila kau, nak mati? Kesesakan lalu lintas juga terjadi dari keraian ini dan pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan amaran.

Dalam masa yang sama sebuah ambulans yang disediakan untuk kegunaan semasa kecemasan di London Borough Market telah rosak teruk kerana keganasan dan keraian yang liar ini dan tidak dapat digunakan lagi.

Penyokong Tiga Singa ini naik ke atas ambulans tersebut sambil menghentak dan melompat-lompat seperti kera dari yang berbadan sado sehingga bertetek lanjut. Malah ada antara mereka cuba menayangkan buah dada mereka yang lanjut.

Kecil molek. Imej : REUTERS

Selambak. Imej : REUTERS

Kenderaan yang digunakan untuk kes kecemasan itu mengalami kerosakan teruk di mana hampir kemek keseluruhan badan, cermin pecah dan tin-tin bir pula dilihat dibuang diatas ambulans tersebut.

Retak seribu cerminku. Imej : REUTERS

Southgate Copy Ori 1:1. Imej : REUTERS

The Joint Response unit telah mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan vandalisme ini di media sosial:

"Nyata kami sangat gembira dengan keputusan petang ini tetapi tiada alasan untuk merosakkan kenderaan perkhidmatan kecemasan dengan melompat seperti kera."




Paparkan Komen