Peminat Manchester United Buka Akaun GoFundMe Untuk Bayar Pampasan Pemecatan Mourinho

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Manchester United terpaksa membayar pengurus mereka, Jose Mourinho sebanyak £12 juta jika mahu memecat pengurus dari Portugal itu dari terus melakukan kerosakan kepada pasukan Syaitan Merah yang sudah sedia rosak.

Jose Mourinho dilihat agak sendu dalam pasaran perpindahan pemain musim panas ini apabila hanya membawa masuk 3 pemain sahaja dan tidak seaktif seperti biasa dengan tiada 'marquee player' diikat, hanya Fred, Diogo Dalot dan Lee Grant dibeli setakat ini.

Mengetahui bahawa kelab kesayangan mereka perlu membayar £12 juta jika Mourinho dipecat, peminat Setan Merah ini telah membuka akaun di laman GoFundMe untuk mengutip dan mengumpul dana dari orang ramai bagi membiayai pemergian Mourinho.

Agak melampau tindakan peminat Setan Merah ini mengutip dana kerana tiada pemain sedap dibawa masuk ketika musim belum bermula lagi tetapi lebih kepada kelakar sebenarnya tindakan mereka ini.

Bukan satu tapi 4 akaun di buka.

Sebelum ini pengurus pasukan paling hebat dalam sejarah peradaban bola sepak dunia, Jose Mourinho menjadi calon kegemaran dan berada di tangga teratas sebagai pengurus pertama yang akan dipecat usai musim baru Premier League berlangsung.

Selepas membawa Porto menjulang trofi Champions League, Mourinho tiba di Chelsea pada musim panas 2004 dengan sikapnya yang angkuh tetapi menawan lalu mendabik dada bahawa beliau adalah 'The Choosen One'.

Keangkuhan Mourinho sejajar dan selari dengan kejayaan yang dibawa ke Chelsea dengan memenangi gelaran Premier League buat pertama kali dalam tempoh 50 tahun, mengutip mata tertinggi dalam satu musim hingga dipecahkan Pep Guardiola musim lalu.

The Choosen One calan kegemaran dan kegeraman.

Selepas Chelsea, Mourinho berkelana ke Inter Milan, Real Madrid dan kembali ke Chelsea lalu di pecat sebelum ke pasukan Syaiton Meroh. Kini masa depannya di Manchester United berada dalam keadaan yang meragukan terutamanya dalam pasaran perpindahan musim panas.

Agensi perjudian, Sky Bet telah mengeluarkan kebarangkalian bahawa Jose Mourinho mungkin menjadi pengurus pertama yang dipecat pada musim baru Premier League diikuti oleh pengurus Leicester City, Claude Puel dan bosku Neil Warnock.




Paparkan Komen