Paul Pogba Dimaki Penyokong Sendiri Selepas Tewas Mengejut Kepada Cardiff

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba menjadi sasaran makian segelintir penyokong tuan rumah ketika pemain tersebut meninggalkan padang selepas Manchester United tumpas mengejut kepada Cardiff City di gelanggang sendiri.

Dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris semalam, Manchester United meneruskan rentetan kekalahan dan prestasi buruk mereka apabila tumpas di hadapan penyokong sendiri kepada pasukan yang telah tersingkir dari Liga Perdana Inggeris.

Pogba menghampiri peminat yang mengejeknya untuk meminta maaf. Ucapan selamat tinggal?

Dua gol daripada pemain sayap Cardiff, Nathaniel Mendez-Laing sudah cukup untuk memberikan kemaluan kepada Manchester United dalam musim yang ingin dilupakan peminat secepat yang mungkin.

Pemain antarabangsa Perancis itu pergi ke arah penonton dan memberikan isyarat 'bagus' kepada penyokong yang mengejeknya. Ada penonton yang menjerit 'fucking shit' dan ada juga yang menjerit 'show some respect', tetapi Pogba menunjukkan tahap profesional yang tinggi dan tidak memberikan reaksi provokatif terhadap ejekan peminat.

Ejekan terhadap Pogba jelas kedengaran dalam beberapa video yang dimuat naik di laman sosial selepas tamat perlawanan tersebut.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui beliau berasa malu selepas menerima tepukan daripada penyokong sendiri selepas wisel penamat semalam. Ini berikutan beberapa keputusan mengecewakan yang dicatatkan pasukannya kebelakangan ini sekaligus menafikan impian mereka untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Pasukan yang diberi jolokan 'Setan Merah' itu dijangka akan berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas nanti selepas hanya mampu meraih 2 kemenangan dari 9 perlawanan terakhir liga yang mereka harungi.

Sebelum ini Solskjaer pernah meluahkan keyakinannya yang Pogba akan terus berada di Old Trafford musim hadapan. Walau bagaimanapun, masa depan Pogba dijangka menjadi tajuk perbualan dalam masa beberapa minggu akan datang berikutan minat yang ditunjukkan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane terhadapnya.

Solskjaer yakin Pogba akan kekal di Old Trafford musim hadapan

Bekas kapten Red Devils, Roy Keane turut mengulas mengenai persembahan Paul Pogba sepanjang musim ini dalam satu rancangan di Sky Sports.

"Pogba adalah pemain yang matang, beliau pernah beraksi dalam banyak pertandingan yang besar. Dan beliau juga berjaya memenangi beberapa trofi yang penting. Akan tetapi saya rasa beliau tidak mampu memimpin pasukan ini dengan baik."

Pogba bukanlah berseorangan dalam isu prestasi. Pemain seperti Alexis Sanchez dan David De Gea turut mempamerkan prestasi di bawah tahap sebenar musim ini walaupun menerima gaji yang cukup lumayan.

View this post on Instagram

Fue una temporada muy complicada, pero ellos los fans, son los únicos que se merecen unas disculpas, te apoyan siempre a pesar de todo por este club. En lo personal, no jugué todo lo que esperaba, me lesioné de cosas que nunca me habían pasado. Hay cosas internas que la gente y periodistas hablan sin saber. Siempre fui profesional en todo sentido, ofrezco disculpas a los fans 🙏🏽 por no estar peleando cosas importantes, siendo que somos el Manchester United. Jugadores y Staff saquemos conclusión, si hicimos lo correcto y entregamos lo mejor de cada uno por esta camiseta... Estoy seguro que el Manchester United, volverá a ser el club, que algún día fue, con el señor Alex Ferguson. ⬇️ 🙏🏽 It was a very tough season...the fan are the ones who deserve an apology as they always support you no matter what happens. Personally, I didn’t perform as much as I was expecting because of unpredictable injuries. Press and people were speculating of things that were not even true. I was always a professional in all aspects. I apologise to the fans 🙏 for not be able to achieve our goals,Nevertheless we are Manchester United! Players and Staff are questioning if we were doing the right thing and if we were giving our best for this football shirt ... I'm certain that Manchester United one day will return to be the club, as it was in the old days with Mr. Alex Ferguson. 💪🏽....

A post shared by Alexis Sanchez (@alexis_officia1) on

Dalam perkembangan terbaru, pemain tengah Ander Herrera mengumumkan musim ini adalah musim terakhirnya menyarung jersi Manchester United selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.

Ander dan pihak kelab cuba mencari jalan penyelesaian dalam isu kontrak tetapi persetujuan yang dicari tidak dapat dijumpai dan pemain tersebut akhirnya memilih untuk meninggalkan Manchester United, dipercayai untuk menyertai Paris Saint-Germain.




Paparkan Komen