Ole Menganjing Liverpool Kerana Bermain Bola Keranjang

The Sukan oleh The Sukan 3 minggu yang lalu

Ole Gunnar Solskjaer tampil penuh sinis lagi menganjing kepada Liverpool mengenai insiden gol kontroversi Manchester United ketika menentang Liverpool yang berakhir dengan keputusan seri satu sama.

Jurgen Klopp juga kecewa dengan sistem pengadilan VAR. Ini kerana beliau berpendapat gol pertama Manchester United adalah tercetus daripada insiden kekasaran oleh Victor Lindelof ke atas Divock Origi.

"Mereka menjaringkan gol yang menunjukkan masalah yang wujud dengan VAR. Bagi aku itu jelas satu kesalahan." Ujar Klopp.

Jaringan pada minit ke-85 oleh Adam Lallana memastikan Liverpool terus kekal menjadi pasukan yang masih belum tewas pada musim ini dalam saingan Liga.

Keputusan seri ini telah membuatkan Liverpool kehilangan mata dan menamatkan catatan 8 perlawanan dengan 100 peratus kemenangan Liverpool sekaligus merentap ego dan keangkuhan penyokong Liverpool.

Penyokong Liverpool hari ini dilihat lebih bersopan dan tidak angkuh seperti biasa, jika ada pun mereka-mereka yang sangat 'try hard' untuk menghiburkan hati dengan menganggap keputusan seri ini adalah untuk menyelamatkan Ole.

Bagi pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer percaya keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan, Martin Atkinson adalah tepat dan menepati piawaian mutu pengadilan.

Ole juga sempat menganjing tindakan pemain Liverpool bermain bola keranjang beberapa hari menjelang perlawanan dan aksi itu telah dimuat naik ke laman media rasmi Liverpool.

"Kekasaran? Jangan harap, kami bukan bermain bola keranjang."

"Itu langsung bukan satu foul. Saya rasa, tak akan Keano pun cakap benda tu foul."

Luar biasa sekali apabila Ole Gunnar Solskjaer telah memberikan pengiktirafan kepada Martin Atkinson sebagai man of the match dalam aksi di antara Man United lawan Liverpool.

Daniel James dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Selepas aksi cemerlang beliau melakukan assist kepada Marcus Rashford.

Namun pandangan Ole Gunnar Solskjaer ternyata berbeza. Menurut beliau, pemain terbaik perlawanan pada malam itu adalah Martin Atkinson.

Bercakap kepada BBC selepast tamat perlawanan, Ole memberikan penghargaan kepada pengadil dengan berkata:

"Saya rasa pengadil hari ini berhak mendapat pujian. Kita jarang sekali memberikan pujian kepada pengadil."

"Beliau menjadikan permainan derbi ini lancar, dan tidak seperti, kamu langsung tidak boleh sentuh pemain lain."

Prestasi pengadil, Martin Atkinson menjadi perdebatan dalam perlawanan ini. Para penyokong Liverpool menganggap Martin Atkinson sebagai tidak cukup bagus dalam tugasannya.

Biasala penyokong Liverpool.



Paparkan Komen