Mufti Wilayah Gariskan Ibrah Yang Dapat Dipelajari Dari Kemenangan Liverpool

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 bulan yang lalu

Kejayaan Liverpool menjuarai trofi keagungan Eropah, UEFA Champions League sekali lagi telah mencuri perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang sememangnya diketahui ramai sebagai peminat Liverpool.

Setiap kali membuat hantaran mengenai Liverpool, Sahibus Samahah mengambil pendekatan dan mencungkil ibrah atau pengajaran yang dapat dipelajari dari sesuatu perlawanan.

Ibrah tu bukanlah Ibrahimovic tetapi Ibrah adalah iktibar atau pengajaran. Kata ibrah (عبرة) berasal dari `abara – ya`buru – `abratan wa `ibratan yang pada asalnya berarti menyeberang dari satu tepi sungai ke tepi yang lain yang ada di seberangnya.

Liverpool berjaya menewaskan Tottenham Hotspur 2 gol tanpa balas dalam perlawanan akhir yang amat membosankan bagi menjulang trofi kejuaraan yang ke-6 dalam sejarah kelab.

Melalui Qalam Mufti #39 yang bertajuk Sebuah Penantian Berakhir : Liverpool Juara beberapa Ibrah telah digariskan untuk dijadikan teladan bagi semua manusia dan juga ucapan tahniah dititipkan diatas kejayaan Liverpool.

"Pada pagi ini seusai kuliah Subuh di Masjid al-Taqwa, Paroi, kami telah diberitakan tentang kemenangan pasukan Liverpool FC ke atas pasukan Tottenham Hotspur (2 - 0) sekaligus menjadikan mereka dinobatkan sebagai Juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL - UEFA Champions League) bagi musim 2018-2019."

"Kejohanan tahunan ini telah menjadi perhatian dunia sebagai kejohanan tahunan paling berprestij yang mendapat liputan hangat seluruh dunia."

Gol minit awal permainan dari Mohamed Salah dan jaringan lewat permainan Divock Origi sudah cukup menceriakan kem Liverpool untuk mereka beraya awal.

"Setinggi tahniah dan syabas dari kami kepada pasukan Liverpool serta penyokongnya. Kepada penyokong Tottenham Hotspur, kami katakan sabarlah kerana itu adat permainan."

"Mungkin satu masa nanti anda pula akan menjadi juara. Semoga terus maju jaya. Begitu juga majulah sukan untuk negara kita Malaysia."

Antara keterujaan dan pengajaran yang kami dapati daripada pasukan Liverpool FC ini ialah:

1. Ibadah Bukan Penghalang Untuk Cemerlang

Liverpool berjaya menggilap bakat pemain Muslim seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane hingga menjadi pemain handalan dunia dan contoh ikutan karakter yang baik untuk peminat dan penyokong.

Menariknya, kami membaca berita dari akhbar arab Uqaz beberapa hari sebelum perlawanan, dinukilkan bahawa jurulatih Liverpool Jürgen Klopp tidak menghalang Mohamed Salah dan Sadio Mane untuk melakukan ibadat puasa, sebaliknya memberi galakan kerana hak kebebasan beragama. Itulah profesionalnya mereka. Permainan tetap cemerlang.

2. Tidak Mengaku Kalah

Semangat tidak mudah mengalah dan segera memperbaiki pasukan walaupun baru tewas di tangan Real Madrid tahun sebelumnya menjadikan ianya satu bentuk sumber inspirasi kepada kita semua. Walaupun tidak berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini, mereka tidak terus mengalah dan kecewa, malah terus lebih kuat bersemangat.

3. Kesabaran dan Ketabahan

Kesabaran dan ketabahan serta kekuatan mental bertahan pengurus pasukan Jürgen Klopp yang akhirnya berjaya mendapatkan trofi UCL pertama kali dalam karier bola sepaknya dan trofi pertama bersama Liverpool setelah 6 kali hanya bergelar Naib Juara di pentas akhir.

Penantian panjang para penyokong Liverpool FC akhirnya terbalas jua selepas kali terakhir merangkul piala tersebut pada musim 2005.



Paparkan Komen