Mourinho 'Tidak Yakin' Manchester United Akan Bawa Masuk Pemain Baru Sebelum Tirai Ditutup

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengakui beliau tidak yakin pasukannya akan membawa masuk pemain baru sebelum jendela perpindahan pemain ditutup dan nyata itulah kenyataan serta hakikatnya.

Pintu perpindahan pemain untuk Liga Perdana Inggeris akan ditutup dalam kurang 12 jam tadi dan kelab tidak akan dibenarkan membawa masuk pemain baru selepas dari itu seperti mana bini kau tidak benarkan kau ada perempuan lain selepas bernikah.

Walau bagaimanapun, kelab Liga Perdana Inggeris masih mempunyai masa untuk menjual pemain yang tidak dikehendaki kepada kelab luar kerana kebanyakan liga utama Eropah masih mengguna pakai 31 Ogos sebagai 'Deadline Day'.

Fred je yang aku dapat kali ini. Ed Woodward memang bakhil

Sumber Sky Sports melaporkan United cuba untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seorang pemain pertahanan tengah sebelum jendela perpindahan ditutup. Mourinho berminat untuk mendapatkan Harry Maguire, Toby Alderweireld dan Jerome Boateng tetapi perbincangan mengenai yuran perpindahan gagal menemui kata putus setakat ini.

Dalam sidang media yang berlangsung pagi tadi, Mourinho mengakui beliau mungkin terpaksa menggunakan skuad sedia ada kerana tidak yakin United akan membawa masuk pemain baru lagi.

"Saya tidak yakin United akan membawa masuk pemain baru sebelum pintu ditutup. Pintu perpindahan pemain akan ditutup pada hari ini [Khamis] jadi masih ada masa untuk saya berhenti berfikir mengenai perkara tersebut."

Mourinho tidak yakin akan ada ketibaan baru di United sebelum pintu ditutup beberapa jam lagi

"Saya perlu fokus dengan pemain sedia ada untuk 3 perlawanan pertama kami, kerana selepas bertemu Spurs akan ada International Break. Saya mempunyai masa selama dua minggu untuk memulihkan pemain-pemain saya dan mempersiapkan mereka dengan lebih baik."

"Saya perlu fokus dengan pemain yang saya miliki sekarang. Kami akan memberikan segalanya yang kami ada untuk perlawanan pertama kami. Adakah sesuatu akan berlaku sebelum pintu perpindahan pemain ditutup ? Setakat ini mengikut apa yang saya tahu, tiada apa yang akan berlaku."

Sergio Romero, Antonio Valencia, Marcos Rojo, Dalot, Ander Herrera dan Nemanja Matic tidak bersedia untuk diturunkan bagi pertemuan pertama United menentang Leicester malam esok di Old Trafford.

Mourinho juga perlu menilai kembali tahap kecergasan pemainnya yang pulang lewat kerana terlibat dalam Piala Dunia seperti Romelu Lukaku dan Paul Pogba.

Spekulasi bertiup kencang Diego Godin mungkin lakukan kejutan dengan menyertai United pada saat akhir. Betul ke ?

"Mereka baru sahaja tiba Isnin lalu. Mereka menjalani latihan pada hari Isnin, Selasa, Rabu, dan hari ini Khamis. Jadi anda dapat bayangkan mereka masih belum cergas sepenuhnya dan belum bersedia untuk diturunkan. Tetapi kami memerlukan khidmat mereka untuk menghadapi perlawanan selepas ini."

Walaupun Mourinho gagal membawa masuk pemain yang dikehendakinya ke Old Trafford, peminat Red Devils meletakkan harapan yang tinggi ke atas Mourinho untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pencapaian kurang dari musim lepas mungkin akan meletakkan Mourinho dalam kedudukan yang bahaya sebagai pengurus Manchester United.




Paparkan Komen