Mourinho: Saya Pengurus Paling Berdisiplin Musim Ini

Izuddin oleh Izuddin 7 bulan yang lalu

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho percaya beliau adalah pengurus paling berdisiplin dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kelakuan Mourinho ditepi padang sering menjadi perhatian umum sepanjang karier pengurusannya dimana beliau sering bertelagah dengan pegawai perlawanan mengenai keputusan yang tidak digemarinya.

Nok gomo ?

Tetapi, Mourinho mendakwa beliau telah berubah dan sedang berusaha untuk memperbaiki kelakuan beliau di tepi padang. Walaubagaimanapun, Mourinho mengakui beliau tidak boleh digambarkan sebagai 'sempurna' lagi.

"Saya sedang berusaha keras untuk anugerah pengurus paling disiplin di tepi padang musim ini. Saya betul-betul serius."

"Terdapat banyak anugerah yang dipertandingkan. Ada persembahan terbaik mingguan, pengurus terbaik bulanan dan banyak lagi. Badan penganjur liga harus mencipta satu anugerah untuk memberi penghargaan kepada pengurus paling berdisiplin dan pengadil ke-4 perlawanan mesti diberikan tugas untuk memilih pememang."

Mourinho mahu menjadi pengadil yang 'juruhhh'

"Saya amat pasti saya akan memenangi anugerah tersebut. Saya serius ! Saya tidak membuat sebarang masalah kepada pengadil ke-4 perlawanan, kecuali kad merah yang saya terima di Southampton kerana saya meletakkan sebelah kaki ke dalam padang."

"Saya serius dalam hal ini. Saya berasa gembira sekarang ini. Saya bukanlah seorang yang sempurna. Saya masih lagi boleh hilang pertimbangan ketika perlawanan. "

"Saya tidak akan dapat berubah dari 'Bad One' kepada 'Special One' tetapi saya sedang berusaha ke arah tersebut. Saya gembira dengan apa yang telah saya lakukan ketika ini."

Walaupun Mourinho berpuas hati dengan corak pengadilan di Liga Perdana Inggeris ketika ini, beliau merasakan pengurus harus bersuara untuk melindungi pemain mereka jika pemain tersebut menerima layanan 'istimewa' dari pihak lawan.

Sanchez perlu dilindungi dari segala anasir2 jahat

"Saya berasa bolasepak Inggeris mempunyai tradisi yang perlu dikekalkan, dan terdapat beberapa kualiti dalam permainan mereka yang saya sangat gemari."

"Tetapi kadang kala saya perlu juga merungut kerana saya perlu melindungi pemain-pemain saya. Kamu boleh lihat bagaimana layanan pihak lawan terhadap Alexis Sanchez sebelum ini."

"Betul, Sanchez adalah pemain yang tahan lasak. Beliau berjaya bertahan dengan segala asakan yang diterima dari pemain Yeovil dan Huddersfield sebelum ini."

"Saya tidak gemar menggunakan perkataan 'melindungi' kerana saya seperti dilihat cuba melindugi pemain berstatus bintang sahaja. Semua pemain di atas padang adalah sama pentingnya. Pengadil perlu melindungi setiap pemain dengan sama rata."




Paparkan Komen