Mourinho: Manchester United Tidak Sepatutnya Berada Pada Kedudukan ke-7

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata pasukannya tidak patut berada pada kedudukan ke-7 dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Pengurus berasal dari Portugal itu juga meluahkan keyakinannya yang Manchester United akan menamatkan musim di kedudukan 6 teratas.

Menyu nombor 7 ? Mana mungkin

Kenyataan terbaru Mourinho itu nyata bercanggah dengan kenyataan beliau sebelum ini yang mendakwa United akan berada dalam kedudukan 4 teratas liga menjelang Januari nanti.

Berikutan keputusan seri 2-2 menentang pasukan bergelut Southampton hujung minggu lalu, Red Devils kini ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu liga yang juga seteru utama, Manchester City selepas mengharungi 14 perlawanan.

Tambah memalukan, pasukan kendalian Mourinho juga memiliki perbezaan gol negatif iaitu '-1'. Statistik tersebut sudah cukup untuk menunjukkan bagaimana buruk kempen United musim ini.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris pertengahan minggu ini, Manchester United bakal menerima kunjungan Arsenal dan mereka terdesak untuk mencari kemenangan bagi menghidupkan peluang untuk menduduki kedudukan 4 teratas.

Everton berbelanja besar menjadi punca United berada di tempat ke-7. Dah Fred tu beli murah ke ?

Arsenal pula masih berada dalam mood yang cemerlang selepas berjaya memenangi 'North London Derby' pada hujung minggu lalu. Arsenal kini menghuni tangga ke-4 liga, 8 mata di hadapan Manchester United.

Menjelang pertemuan menentang Arsenal awal pagi Khamis nanti, Mourinho menjelaskan Manchester United tidak sepatutnya berada di kedudukan ke-7.

"Saya setuju yang Manchester United tidak sepatutnya berada di kedudukan ke-7 dalam Liga Perdana Inggeris, walaupun Everton telah berbelanja besar dan membuat penambah baikan dalam skuad mereka sejak musim lepas."

"Tetapi saya tidak percaya Everton akan berada di hadapan Manchester United apabila musim ini berakhir. Saya juga rasa semua pihak sudah tahu terdapat 6 pasukan yang sepatutnya mengisi 6 tempat teratas dalam liga."

"Semua orang tahu akan ada dua pasukan yang bakal menamatkan musim di luar Top 4, musim lalu pasukan tersebut adalah Arsenal dan Chelsea. Musim ini juga sama, 2 dari 6 pasukan tersebut akan berada di luar Top 4."

"Siapakah pasukan terbaik dalam kalangan 6 pasukan tersebut ? Pasukan mana yang mempunyai potensi paling besar ? Pasukan mana yang mempunyai potensi paling kecil ? Pasukan mana yang beraksi paling baik ? Dan pasukan mana yang tidak bermain dengan baik ?"

Nombor 4 is not impossible !

"Saya rasa kami akan dikelilingi dengan soalan sebegini selepas ini. Tetapi saya percaya pada penghujung musim nanti, 'Top 6' bakal diisi pasukan yang kita tahu sepatutnya menamatkan musim pada kedudukan 'Top 6'."

Mengenai peluang United untuk menamatkan musim dalam kedudukan empat teratas, Mourinho memberitahu pasukannya tidak memerlukan keajaiban untuk melihat perkara tersebut berlaku memandangkan mereka hanya dipisahkan 8 mata sahaja dengan penghuni tangga ke-4, Arsenal.

"Saya tidak tahu sama ada saya pernah bercakap mengenai perkara ini atau tidak. Kami ketinggalan 8 mata di belakang pasukan tangga ke-4. Saya percaya kami tidak memerlukan 'miracle' untuk melihat ia berlaku."




Paparkan Komen