Mourinho: Kemenangan Ke Atas Liverpool Satu Keputusan Yang Sempurna

Izuddin oleh Izuddin 8 bulan yang lalu

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho memuji persembahan anak buahnya pada separuh masa pertama ketika Manchester United mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas pencabar terdekat mereka, Liverpool dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford semalam.

Pemuda muda sensasi England, Marcus Rashford menjadi wira buat Manchester United selepas berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut.

Mourinho bersama Sarjan 'misai' Lukaku. Kemenangan yang sempurna buat Mourinho

Kali terakhir Rashford menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan adalah pada Februari 2016 ketika beliau melakukan debut menentang Arsenal.

Kesilapan pemain pertahanan antarabangsa Ivory Coast, Eric Bailly menjaringkan gol sendiri pada minit ke-66 memberikan harapan kepada Liverpool dan membuatkan perlawanan menjadi lebih menarik.

Anak buah Jurgen Klopp melakukan serangan bertali arus selepas itu ke arah kubu United tetapi gagal benar-benar menguji David De Gea. Kemenangan ini meletakkan United 5 mata di hadapan Liverpool dalam persaingan merebut tempat ke-2 dalam Liga Perdana Inggeris.

Hero Remaja Rashford

Ketika bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan, pengurus berasal dari Portugal ini telah ditanya adakah ia merupakan persembahan yang sempurna, Mourinho berkata,

"Keputusan yang sempurna. 3 mata yang sangat berharga. Saya tidak boleh gelarkan persembahan tadi sebagai persembahan yang sempurna. Pada separuh masa pertama, kami berpeluang bermain secara direct dan laju. Hasilnya kami berjaya menjaringkan dua gol dan kami berhak meraih kemenangan dari perlawanan tadi."

"Separuh masa pertama dimiliki Manchester United manakala separuh masa kedua dimiliki oleh Liverpool. Akan tetapi pada separuh masa pertama, kami berjaya melakukan percubaan berbahaya dan menjaringkan gol. Keadaan mungkin menjadi lebih baik sekiranya Juan Mata berjaya menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 3-0."

"Pada separuh masa kedua, Liverpool berjaya memperolehi penguasaan bola. Kami bertahan dengan baik tanpa penguasaan bola. Saya rasa De Gea tidak melakukan sebarang 'saves' atau melalui situasi yang berbahaya sepanjang perlawanan berlangsung."

"Walaupun selepas kedudukan menjadi 2-1, kami masih lagi mengawal perlawanan melalui sepakan percuma dan penjuru."

Dimane Mane ? Di dalam kocek Fellaini !

"Anda masih boleh mengawal perlawanan walaupun tidak mempunyai penguasaan bola dan anda juga boleh berada dalam bahaya apabila memiliki penguasaan bola. Menentang Liverpool, anda berada dalam bahaya apabila anda tidak mempunyai bola kerana anda memberikan mereka peluang untuk melakukan perkara yang mereka sangat mahir."

"Pemain sayap kami terpaksa berkorban untuk mengawal pergerakan full back mereka. Ia merupakan persembahan yang lengkap dalam dua separuh masa perlawanan dimana saya rasa kami berhak meraih kemenangan."

"Walaupun jika terdapat orang di luar sana yang beranggapan kami tidak berhak menang, saya tidak akan kisah. Kami berjaya memperolehi 3 mata yang sangat penting dan saya pulang ke rumah dengan hati yang gembira."




Paparkan Komen