Mourinho Jangka Pogba Akan Terus Kekal Bersama Manchester United

Izuddin oleh Izuddin 5 bulan yang lalu

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho meramalkan Paul Pogba akan terus kekal bersama kelab tersebut musim hadapan tetapi memberi gambaran segala keputusan mengenai masa depan Pogba terletak di tangan pemain itu sendiri.

Menurut Pep Guardiola, beliau telah ditawarkan untuk mendapatkan khidmat Pogba oleh ejen pemain tersebut, Mino Raiola pada jendela perpindahan Januari lalu. Laporan terbaru dari Scotland pula mendakwa Pogba telah ditawarkan kepada bekas kelab lamanya, Juventus dan Paris Saint-Germain.

Mourinho beri petanda Pogba akan kekal bersama United

Sebelum ini, Mourinho berkata penjaga gol United, David De Gea tidak mempunyai 'sebarang peluang' untuk meninggalkan kelab tersebut musim panas nanti, tetapi beliau enggan mengeluarkan kenyataan yang sama apabila diminta untuk mengulas masa depan Pogba.

Buat masa sekarang, pihak kelab mahupun Mourinho telah memberi jaminan mereka tidak akan menjual Pogba pada tirai perpindahan akan datang dan pemain terbabit tidak meminta kebenaran untuk berpindah.

"Saya rasa Pogba akan kekal di United musim hadapan. Itu perasaan saya. Saya hanya boleh memberi jaminan yang saya tidak mahu beliau meninggalkan kelab ini. Saya juga boleh beri jaminan kelab ini tidak bercadang untuk menjual beliau."

"Dan saya beri jaminan yang kami tidak menerima permintaan daripada Pogba, ejen beliau atau kelab di luar sana. Jadi buat masa sekarang, bagi saya beliau akan kekal."

Pogba telah ditawarkan kepada Manchester City tidak lama dahulu

Mourinho turut mengakui skuad Manchester United memerlukan penambah baikan pada jendela perpindahan pemain akan datang untuk meningkatkan kualiti pemain dan memperbaiki mental seluruh pasukan.

Pengurus berasal dari Portugal itu berpeluang untuk menjulang trofi musim ini sekiranya United berjaya menewaskan Chelsea dalam perlawanan akhir Piala FA minggu hadapan. Beliau juga berada dalam landasan terbaik untuk membimbing United menamatkan musim ini di kedudukan tertinggi sejak 5 tahun yang lepas.

Mourinho juga percayaterdapat beberapa pemain dalam skuadnya sekarang tidak berhak untuk bermain dengan Manchester United dan akan dilepaskan pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Adakah Pogba dalam golongan pemain yang Mourinho percaya akan berjaya di United ?

"Berapa banyak mata memisahkan kami dan Manchester City ? Bukan dua, tiga atau empat mata tetapi banyak dari itu lagi. Saya percaya kami perlu melakukan dua perkara - iaitu menjadi pasukan yang lebih konsisten dari segi permainan, dan kami juga memerlukan lebih banyak kualiti dalam pasukan."

"Saya percaya beberapa orang pemain lebih dari yang lain untuk mengecilkan jurang tersebut. Itu perkara yang biasa kerana saya kenal pemain saya. Saya bekerja dengan mereka hampir dua tahun. Saya kenal mereka lebih dari sesiapa di luar sana."

"Terdapat beberapa orang pemain yang saya yakin akan berjaya dengan United. Ada pemain yang saya harap mereka akan berjaya dan ada pemain yang saya percaya tidak mampu bermain dengan baik untuk United."




Paparkan Komen