Mourinho: England Patut Rasa Optimis Dengan Masa Depan Walaupun Gagal Ke Final

Izuddin oleh Izuddin 2 bulan yang lalu

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata England patut berasa optimis dengan masa depan skuad tersebut walaupun perjalanan mereka di Piala Dunia 2018 disekat oleh Croatia di peringkat separuh akhir.

Ramai yang menyangka skuad muda England yang dipilih untuk beraksi di Russia tidak mempunyai peluang untuk mara jauh dalam kejohanan ini. Walaubagaimanapun, skuad England yang diketuai Harry Kane berjaya menepis segala andaian negatif terhadap mereka untuk layak ke peringkat separuh akhir dan hampir melangkah ke pentas final jika tidak kerana gol masa tambahan dari Mario Mandzukic.

England patut berasa bangga dengan pencapaian mereka di Russia

Mourinho mengakui kekalahan ini mungkin sukar untuk ditelan England memandangkan mereka terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi sepakan percuma Kieran Trippier sebelum disamakan oleh Ivan Perisic pada babak kedua. Walaupun tewas kali ini, Mourinho percaya England harus bangga dengan apa yang telah dipamerkan mereak sepanjang beraksi di Piala Dunia 2018.

"England mempunyai sebab untuk menangis kerana mereka sangat hampir untuk layak ke perlawanan akhir Piala Dunia. Tetapi mereka juga mempunyai sebab untuk berasa optimistik dengan masa depan skuad tersebut." Ujar pengurus berasal dari Portugal itu kepada RT.

"Pasukan England kali ini menunjukkan permainan yang jauh lebih baik dari skuad sebelum ini. Ini merupakan pasukan yang masih muda, dan kebanyakan pemain akan bermain di Piala Dunia seterusnya dengan lebih banyak pengalaman bersama kelab masing-masing."

Mourinho percaya Gareth Southgate perlu diberi peluang untuk membimbing England untuk dua kejohanan besar selepas ini

"Jika saya yang menjaga FA England, tanpa ragu-ragu saya akan mengekalkan Gareth Southgate dan Steve Hollands [pembantu pengurus England] dalam skuad England. Saya akan berikan peluang kepada Southgate untuk membimbing pasukan England untuk beraksi dalam Euro dan Piala Dunia yang seterusnya."

"Kesemua pemain dan seluruh skuad yang terlibat dalam Piala Dunia kali ini mempunyai sebab untuk pulang ke tanah air dengan perasaan bangga selepas memberikan segala-galanya di atas padang. Mereka telah membuatkan rakyat England bangga dengan pencapaian mereka di Piala Dunia."

Mourinho juga kagum dengan pencapaian Croatia mara ke perlawanan akhir walaupun liga domestik negara tersebut bukanlah ia bukan liga terkemuka di Eropah.

Luka Modric berjaya membimbing Croatia memecahkan rekod generasi emas Croatia suatu ketika dahulu yang layak ke peringkat separuh akhir pada Piala Dunia 1998

"Ia merupakan pencapaian yang cemerlang bagi sebuah negara yang memiliki liga dometik yang kecil. Kebanyakan pemain yang menyarung jersi Croatia juga tidak bermain di negara tersebut."

"Mengikut pengalaman saya, jika kamu bekerja di luar negara, anda akan mempunyai perasaan yang berlainan terhadap negara anda."

"Jadi untuk pemain-pemain tersebut pulang ke negara mereka dan membawa Croatia ke perlawanan akhir Piala Dunia, ia merupakan pencapaian yang sangat mengagumkan."




Paparkan Komen