Mourinho Ada Jawapan Mengapa Manchester United Bergelut Musim Ini

Izuddin oleh Izuddin 2 bulan yang lalu

Jose Mourinho berkata masalah yang sedang berlaku di Manchester United ketika ini berpunca daripada 'pemain, organisasi, dan cita-cita'. Namun begitu, Mourinho menafikan dakwaan yang mengatakan Paul Pogba punca mengapa beliau dipecat dari jawatannya di Old Trafford hujung tahun lalu.

Mourinho dipecat Manchester United pada Disember 2018 selepas pasukan bimbingannya melalui permulaan musim paling buruk dalam tempoh 28 tahun.

Akhirnya, Mourinho meluahkan masalah sebenar yang berlaku kepada Setan Merah musim ini.

Selain prestasi pasukan yang kurang memuaskan, Mourinho turut mempunyai hubungan dingin dengan beberapa pemain utama United terutamanya Pogba. Kemuncaknya adalah Mourinho menarik balik gelaran pembantu kapten yang diberikannya kepada Pogba pada awal musim dan tidak lama selepas itu, mereka berdua dirakam bertelagah sesama sendiri ketika sesi latihan di padang latihan Manchester United.

Dalam satu temu buat bersama akhbar tersohor Perancis, L'Equipe, Mourinho telah ditanya adakah beliau menjadi mangsa permasalahan yang berlaku di antara beliau dan Pogba sehingga dipecat.

"Tidak, tidak. Masalah Manchester United memang sudah ada. Anda boleh bayang masalah berpunca daripada para pemain, organisasi, dan cita-cita kelab tersebut."

3 benda yang  menghancurkan Manchester United. Rasuah, tidak menepati masa dan cinggey

"Saya hanya akan sebut itu sahaja. Saya tidak boleh katakan 'ya' apabila anda bertanya Pogba satu-satunya bertanggungjawab [pemecatan Mourinho]."

Berikutan pemecatan Mourinho, Manchester United melantik bekas pemain Ole Gunnar Solskjaer selaku pengurus sementara.

Solskjaer membawa Manchester United kembali ke prestasi asal dan membantu kelab tersebut memenangi 14 dari 19 perlawanan yang mereka harungi.

Akhirnya pada bulan Mac lalu, Manchester United melantik Solskjaer secara rasmi sebagai pengurus kelab tersebut berikutan persembahan cemerlang sepanjang memegang jawatan pengendali sementara.

Sebaik sahaja Solskjaer bergelar pengurus tetap, masalah prestasi Manchester United kembali menghantui pasukan tersebut dan mereka kembali menghuni tangga ke-6. Seperti diduga, mereka menamatkan musim di tempat ke-6 dalam Liga Perdana Inggeris, 5 mata di belakang penghuni slot terakhir untuk ke Liga Juara-Juara Eropah, iaitu Tottenham Hotspurs.

"Mengenai Manchester United, saya hanya ingin cakap dua perkara. Satu adalah masa telah menceritakan segala-galanya. Kedua, masalah kelab tersebut masih lagi wujud di sana."

Perbalahan Pogba dan Mourinho tarik perhatian banyak pihak

Antara penyebab kegagalan Manchester United di bawah Mourinho adalah kegagalan pihak kelab membawa masuk pemain pertahanan yang dikehendaki Mourinho pada musim panas tahun lalu.

Pemain seperti Harry Maguire, Jerome Boateng, Toby Alderweireld dan Diego Godin menjadi sasaran Mourinho tetapi tiada seorang pon yang mampu dibawa masuk.

Menjadikan keadaan lebib buruk adalah pihak kelab gagal membawa masuk pemain pertahanan tengah yang sangat dituntut Mourinho pada ketika itu. Akhirnya Mourinho terpaksa berpuas hati dengan pemain picisan seperti Fred, Diogo Dalot dan Lee Grant.




Paparkan Komen