Mercun Telah Dibakar Diluar Hotel Penginapan Barcelona

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Polis Merseyside telah mengesahkan bahawa satu laporan telah diterima berhubung pembakaran mercun diluar hotel penginapan pasukan Barcelona menjelang pertemuan separuh akhir kedua antara Liverpool dan Barcelona di saingan Champions League.

Laporan itu diterima sekitar jam 4 pagi pada selasa sebelum perlawanan kedua. Pada perlawanan pertama Liverpool tewas 3-0.

Mercun itu telah dinyalakan di Chavasse Park, Liverpool diluar Hotel Hilton yang menjadi tempat penginapan pasukan Barcelona.

"Membawa atau menggunakan mercun orang dewasa merupakan satu kesalahan disisi undang-undang jika kau berumur bawah 18 tahun dan haram bagi sesiapa yang menyalakan atau atau membaling bunga api ditempat awam." Itulah kenyataan dari Polis Merseyside.




Paparkan Komen