Mat Sabu Dilantik Sebagai Penasihat KAFA

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 minggu yang lalu

Persatuan bola sepak Kelantan(KAFA) telah mengumumkan, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Sabu telah dilantik sebagai penasihat KAFA bagi memperkasakan lagi badan induk bola sepak Kelantan itu.

Menurut kenyataan KAFA, persetujuan tersebut dicapai selepas Presiden KAFA, Dato Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau di Wisma Kementerian Pertahanan, di ibu negara.

"Bagi pihak KAFA, kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan di atas kesudian beliau menerima pelantikan sebagai penasihat persatuan ini."

"Beliau akan bertindak selaku penasihat persatuan tetapi tidak mencampuri urusan Majlis Penasihat KAFA yang diwujudkan tiga bulan lalu dan berfungsi sebagai sokongan ke atas usaha menambah baik bola sepak Kelantan," katanya."

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia dan kini Menteri Pertahanan Malaysia.

Perlantikan Mat Sabu dilihat tepat pada masanya untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Kelantan samada secara software or hardware.

Mat Sabu yang seperti semua kenali merupakan seorang pejuang sebelum memegang jawatan penting dalam kerajaan dan mempunyai ilmu yang tinggu.

Seiring dengan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan, Mat Sabu yang terkenal dengan sifat tawadduk pernah melepaskan satu tumbukan kilat yang menyaksikan papan tidak sempat menjerit lalu terbelah dua.

Sungguh laju padu dan berisi jurus dilepaskan oleh Menteri Pertahanan kita. Selepas tumbukan itu Mat Sabu segera mengibaskan-ngibaskan tangan untuk mengeluar aura yang tersisa khuathir boleh mencederakan orang yang mahu bersalaman.

hebat pertahan kan diri oleh menteri pertahanan

Posted by Norhalim Sirome on Friday, 27 July 2018

Nyata hadirin yang hadir dan mengiringi kagum dengan kehebatan Mat Sabu lalu melepaskan tepukan yang bertubi-tubi tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi. Haaa! Tepuk!

Haaa! Tepuk!

Mohamad Sabu merupakan seorang pejuang dan telah dua kali ditahan di bawah akta ISA semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat.

Maka tidaklah menghairankan kenapa beliau mempunyai ilmu seni pertahanan diri yang tinggi sehingga diangkat sebagai Menteri Pertahanan.

Itu belum lagi disusuli dengan jurus membaling mikrofon dengan satu ayat yang padu lagi power :

"Tanya diri kita, apakah kita pejuang, atau hanya bermain slogan untuk menyedapkan hati saudara kita di penjara sana.. Cesss!!! Mari kita bangun!!"

Ada bonus untuk anda penulis nak berkongsi iaitu resipi Gulai Ikan Mat Sabu.

Bahan-bahan :

1. Ikan apa saje jenis Tenggiri/ Kembong / Merah/ Bawal.
2. Bawang Putih
3. Bawang merah
4.Halba campur
5.Daun Kari
6.Rempah kari ikan
7.Bawang besar
8.Bendi Amuk
9.Air Asam jawa
10.Gambar Abang Mat yang dicetak bersaiz A3.

Cara memasak :

1. Tumis: Hirisan bawang putih dan bawang merah + Halba campur+Daun kari.

2. Masukkan rempah kari ikan Babas 2 bungkus (bancuh dengan air sedikit). Biar pecah minyak anggaran 5 minit.

3. Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung@bendi. Biar lembut anggaran 5 minit.

4. Masukkan air asam jawa (saya guna 3/4 sudu the asam jawsa Adabi + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam)

5. Masukkan ikan. Biar gelegak. Masukkan Garam secukup rasa dan serbuk pati ikan bilis Nor.

6. Hidangkan gulai ini bersama foto Abang Mat.



Paparkan Komen