Marcelo Dijatuhkan Hukuman Penjara 4 Bulan dan Denda €750,000 Kerana Mengelak Cukai

Izuddin oleh Izuddin 2 bulan yang lalu

Pemain pertahanan Real Madrid, Marcelo merupakan pemain terbaru yang dikenakan tindakan atas kesalahan cuba mengelak membayar cukai kepada pihak berkuasa Sepanyol.

Marcelo bakal dikenakan hukuman penjara selama empat bulan disamping perlu membayar denda berjumlah €750,000 selepas bersetuju dengan untuk menyelesaikan kes penipuan cukai beliau.

Jangan risau peminat Brazil dan Real Madrid kerana Marcelo tidak akan pergi ke penjara. Hukuman penjara bawah dua tahun di Sepanyol hanya memerlukan pesalah berkelakuan baik sahaja.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun ini tidak akan menjalani hukuman penjara tersebut memandangkan undang-undang Sepanyol menetapkan hukuman penjara bawah dua tahun bagi kesalahan pertama hanya perlu menjalani tempoh 'probation' sahaja iaitu berkelakuan baik.

Pemain antarabagsa Brazil ini bukan pemain pertama yang dijatuhkan hukuman kerana mengelak membayar cukai. Sebelum ini, Lionel Messi membayar denda berjumlah €250,000 bagi memastikan beliau tidak duduk di penjara selama 21 bulan.

Bekas pemain Real Madrid baru berpindah ke Juventus, Cristiano Ronaldo merupakan pemain yang paling teruk menerima hukuman dari pihak berkuasa Sepanyol dimana beliau perlu menjalani hukuman penjara selama 2 tahun dan denda berjumlah €19 juta.

Ramai lagi pemain dan jurulatih terkenal yang didapati bersalah atas cubaan lari dari membayar cukai kepada LHDN Sepanyol seperti Luka Modric, Javier Mascherano, Angel Di Maria dan Jose Mourinho.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Ko bukan tahap Jho Low lagi

Marcelo akan hadir ke mahkamah hari ini untuk mengaku bersalah atas kesalahan cubaan mengelak bagi mengelak dipenjarakan dan pengurangan denda.

Marcelo dituduh cuba mengelak membayar cukai sehingga €1 juta selepas memindahkan hak imejnya kepada sebuah syarikat dari Uruguay, Birsen Trade SA. Marcelo dituduh menggunakan syarikat ini untuk mengelak dari membuat bayaran kepada pihak LHDN Sepanyol.

Marcelo juga mengaku menyerahkan segala perkara mengenai hak imej beliau kepada sebuah syarikat yag diragui tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik. Pihak berkuasa juga mendakwa Marcelo telah mengelak dari membayar cukai hampir  €500,000 setakat ini.

Agensi cukai Sepanyol menuduh Marcela mengelak dari membayar cukai berjumlah €100,476 dan €101,615 pada tahun 2011 dan 2012.

Mengambil kira jumlah keseluruhan denda dan kadar faedah, Marcelo dijangka akan membayar hampir €1 juta bagi melepaskan diri dari segala tuduhan ini.

Kerana berasa diri tidak dihargai pihak berkuasa Sepanyol, Ronaldo merajuk lalu membawa diri ke Itali. Your loss Espana

Marcelo menyertai Real Madrid pada tahun 2007 dan sejak itu beliau telah melakukan lebih 450 penampilan bersama kelab gergasi Sepanyol itu. Antara pencapaian terbaik Marcelo adalah memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 4 kali.

Walau bagaimanapun, sejak pemergian Ronaldo ke Itali, beliau telah dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus untuk kembali bermain bersama dengan rakan baiknya itu.




Paparkan Komen