Lovren Setuju Dengan Pendapat Klopp, Dakwa 'Nations League' Kejohanan Mengarut

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Pemain pertahanan Croatia, Dejan Lovren bersetuju dengan pendapat Jurgen Klopp yang melabel kejohanan 'Nations League' sebagai satu kejohanan yang mengarut dan tidak membawa makna.

Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memperkenalkan kejohanan 'Nations League' sebagai satu usaha untuk mewujudkan lebih banyak perlawanan kompetitif buat pasukan negara disamping mengurangkan perlawanan persahabatan yang tidak bermakna.

Klopp menganggap kejohanan 'Nations League' anjuran UEFA sebagai kejohanan paling mengarut di dunia, pendapat yang dipersetujui Dejan Lovren.

Namun begitu pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melabel kejohanan yang baru diperkenalkan itu sebagai kejohanan paling mengarut dalam dunia ketika ini.

Menurut Klopp lagi, pasukan kebangsaan perlu memberi lebih rehat kepada pemain mereka dan tidak terlalu mendedahkan pemain kepada aksi kompetitif secara berterusan.

"Sekarang para pemain akan menyertai pasukan kebangsaan masing-masing dan bermain dalam 'Nations League' iaitu kejohanan paling mengarut di dunia."

"Kita perlu mula berfikir mengenai pemain. Saya boleh menelefon mana-mana jurulatih pasukan kebangsaan untuk meninggalkan pemain mereka, tetapi jurulatih itu akan berkata beliau juga berada dalam tekanan untuk menang."

Lovren anggap perlawanan 'Nations League' sebagai perlawanan persahabatan sahaja. Tidak lebih, tidak kurang.

Selain mengurangkan perlawanan persahabatan yang tidak bermakna, UEFA juga mahu pasukan kebangsaan bertemu pasukan yang setaraf dengan mereka sahaja. Dalam format 'Nations League'sekarang, 3 buah negara diletakkan dalam satu kumpulan dan mereka akan bertemu sesama sendiri. Pasukan yang menjuarai kumpulan berpeluang mara ke peringkat seterusnya manakala pasukan yang berada di tangga terbawah akan mengalami relegasi ke liga lebih bawah.

Terdapat sesetengah pihak yang mengaggap konsep ini sebagai bercelaru dan tidak menerima sokongan sepenuhnya dari pasukan yang bertanding. Antara pemain yang tidak menggemari format 'Nations League' termasuklah Dejan Lovren yang mempertikai kepentingan perlawanan dalam kejohanan ini.

"Saya bersetuju dengan Klopp, 'Nations League' merupakan kejohanan yang mengarut. Tiada sebab untuk kami bermain dalam perlawanan sebegini. Ia bukannya pertandingan yang anda perlu menangi."

"Anda boleh panggil pertandingan ini dengan nama apa pon, tetapi perkara sebenar adalah ia sama sahaja seperti perlawanan persahabatan."

Croatia, England dan Sepanyol diundi dalam satu kumpulan 'Nations League' dengan Sepanyol mengungguli kumpulan dengan dua kemenangan setakat ini.

Kali terakhir England dan Croatia bertemu adalah separuh akhir Piala Dunia 2018. Perlawanan yang menyaksikan England tewas pada waktu tambahan.

England akan bertemu Croatia selepas ini dengan kedua-dua pasukan berada dalam tekanan selepas masing-masing tewas di tangan Sepanyol sebelum ini.

Perlawanan yang berlangsung di Croatia itu nanti akan diadakan di stadium yang tertutup kerana hukuman UEFA terhadap Croatia disebabkan simbol 'swastika' yang dipamerkan peminat Croatia ketika perlawanan kelayakan Euro 2016 menentang Itali tidak lama dahulu.




Paparkan Komen