Liverpool Tidak Tewas Tetapi Kemenangan Ditangguh

The Sukan oleh The Sukan 2 bulan yang lalu

Seorang penyokong tegar Liverpool yang lahir di Malaysia juga telah menyangkal dakwaan penganalisis bola sepak di laman muka buku dan media sosial yang lain bahawa kononnya Liverpool tidak relevan lagi.

Ada ke patut cakap Liverpool tak relevan selepas tewas pada perlawanan pertama Champions League? Jika diikutkan skrip musim lalu, Liverpool juga tewas kepada Napoli di peringkat kumpulan.

Dipenghujung musim Liverpool telah muncul juara dan merangkul kejuaraan ke-6 dalam sejarah kelab.

Untuk rekod Liverpool tidak pernah menang perlawanan di tempat lawan dalam saingan Champions League sejak 17 Oktober 2017, kali terakhir Liverpool menang ditempat lawan ketika menentang Maribor dengan jaringan 7-0.

Lelaki yang namanya terpaksa dirahsiakan kerana menggunakan akaun palsu menegaskan Liverpool menjadi penentu kepada kemenangan pasukan bertanding di Champions League yang kini berlangsung di peringkat kumpulan.

Menurutnya, harga Liverpool ketika menjadi mahal apabila pasukan yang menang perlawanan tetapi tidak bermain dengan cantik dan menarik akan bergantung kepada Liverpool yang menjadi penanda aras bola sepak dunia.

Justeru, tegasnya Liverpool bertanding di Champions League adalah untuk menang dan menjadi juara. Luahan ini dilontakan dengan ayat berbunga dan agak sukar difaham.

"Masa depan bola sepak dunia macam-macam boleh berlaku dan untuk ‘survival’ Liverpool dan survival rakyat di Liverpool ini. Liverpool memang pasukan yang ‘power full’ dan penentu kepada bola sepak ini untuk Liverpool dan agenda rakyat."

"Liverpool tetap hendak jadi juara. Liverpool bertanding bukan untuk kalah, Liverpool bertanding untuk menang. Tapi, Liverpool tidak mahu Liverpool bertanding dan Liverpool menang tetapi Liverpool tidak boleh melaksanakan amanah dengan bermain dengan cantik."

"Jadi, daripada Liverpool menang dengan tidak bermain dengan cantik, lambung sana lambung sini lari bak babi berkejaran maka lebih baik Liverpool ditangguhkan kemenangan tetapi Liverpool diterima oleh peminat 'this is our year'." tegasnya pada sidang media selepas Ceramah Perdana 1, Himpunan Harapan Liverpool juara setiap tahun, di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Setiu.

Hadir sama Pesuruhjaya Liverpool Timur, Ustaz Rafiq Henderson, Timbalan Pesuruhjaya Liverpool Selatan, Dr Rahmat Salah dan Yahaya Ali Mane serta Pengarah Bola Sepak Liverpool Barat, Ustaz Zainudin Shaqiri.

"Kemenangan yg ditangguhkan..." Ujarnya lagi."

"Usah bersedih..kemenangan itu pasti cuma masanya belum tiba.teruskan berjuang!!!"

Pesan beliau lagi bagi menyedapkan hati beliau :

"Kalau Liverpool kalah , Liverpool kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan."

"Memang adat perjuangan ada kalah ada menang. Jika bermain tidak cantik ingatlah Liverpool ada lagi Premier League."

"Jangan lupa ada pasukan yang lebih berkuasa dan hebat. Liverpool tidak kalah..cuma belum menang "

Bagitulah saatu penafian kepada sebuah hakikat yang sukar diterima akal. Kalah tu kalah la mana ada tangguh-tangguh.



Paparkan Komen