Lionel Messi Jelaskan Kenapa Virgil van Dijk Sukar Dilepasi

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 minggu yang lalu

Tidak ada pemain yang mampu melepasi Virgil van Dijk dalam tempoh 18 bulan yang lalu sebelum pemain bayaran secara ansuran Arsenal, Nicolas Pepe memecahkan dominasi itu dan menjadi manusia pertama melepas van Dijk.

Sebelum Pepe, pemain Newcastle United, Mikel Merino menjadi manusia terakhir melepasi Van Dijk pada Mac 2018 dan manusia sebelum itu adalah Alexandre Lacazette pada 2017.

Pemain terhebat, terbaik dan terpadu di planet bumi ini walaupun dikatakan makhluk asing, Lionel Messi juga bergelut untuk melepasi Van Dijk dan memberi sebab kenapa Van Dijk sukar ditewaskan.

Sukar ditewaskan bukan bermakna tidak boleh ditewaskan seperti mana kepercayaan segelintir penyokong Liverpool yang melantun-lantun bila dipetik nama pemain mereka terutamanya Van Dijk.

Saban minggu terlalu ramai pemain pertahanan berjaya dilepasi malah pertahanan termahal dunia pun begitu sayur dan sesuai dijadikan makanan.

Apabila Van Dijk berjaya ditewaskan terus menjadi bualan di media sosial dan menjadi berita sukan utama di media antarabangsa.

Messi yang mengetahui kekuatan dan cara permainan van Dijk pun tidak mampu berbuat apa kecuali memberi penjelasan.

"Beliau merupakan seorang pertahanan yang tahu bagaimana membuat penilaian terhadap penggunaan masa yang tepat dan menunggu detik yang betul untuk mencabar atau menunggang."

"Beliau sangat pantas dan besar tetapi beliau mempunyai ketangkasan jika dibandingkan dengan ketinggiannya."

"Beliau pantas kerana mempunyai langkahan yang besar. Beliau sangat menawan ketika bertahan dan menyerang kerana beliau berjaya menjaringkan banyak gol."

Messi dan van Dijk sekali akan berentap untuk anugerah Ballon d'Or selepas Messi berjaya merangkul anugerah pemain terbaik FIFA bulan lalu.



Paparkan Komen