Lampard Pengurus Baru Chelsea Dengan Gaji Ke-8 Termahal Di EPL

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 bulan yang lalu

Pasukan Chelsea memang tidak asing lagi apabila kita bercerita tentang pertukaran jurulatih sejak dibeli Encik Roman Abramovich. Setiap jurulatih yang tiba pasti akan berdepan cabaran memuaskan hati dan nafsu Abramovich.

Musim lalu, Mourizio Sarri telah berjaya membawa pasukan London ini menjuarai Liga Europa, namun kejayaannya tidak datang dengan mudah di mana dia dikatakan tidak sebulu dengan pemilik pasukan tersebut, di samping menerima kecaman para penyokong Chelsea yang entah tak tahu apa yang mereka nak.

Setahun bersama Chelsea, Sarri telah menerima tawaran gergasi Serie A, Juventus, menggantikan Massimiliano Allegri yang ingin berehat selepas membawa pasukan dari Turin tersebut menjuarai liga sebanyak lima kali berturut-turut, meletakkan mereka setaraf dengan kelab elit, JDT.

Sarri bakal memulakan tugas dalam masa terdekat dan tugas pertamanya di Juventus pastilah mengunjungi rumahC Cristiano Ronaldo bagi meminta restu, di samping mengenal pasti masa depan beberapa pemain Juventus yang dikatakan mahu meninggalkan pasukan tersebut seperti Paulo Dybala, di mana pemain ini kini berada dalam radar beberapa kelab Liga Perdana Inggeris.

Pemergian Sarri ke Chelsea pastinya tidak akan ditangisi kerana lagenda kelab tersebut, Frank Lampard Jr. telah ditabalkan sebagai pengurus baru The Blues dan pengumuman rasmi telah dibuat oleh Chelsea.

Pada musim lalu Lampard berjaya membawa Derby County ke pusingan akhir play-off Liga Kejuaraan sebelum tewas kepada Aston Villa, sekaligus menafikan kenaikan liga bagi kelab yang pernah mendominasi liga Inggeris sekitar 1970-an dulu.

Lampard juga dikatakan bakal membawa pasukan jurulatihnya sendiri, dengan Jody Morris sebagai pembantunya dan Shay Given sebagai jurulatih penjaga gol. Bekas penyerang berbisa, Didier Drogba juga dikatakan bakal ditawarkan posisi jurulatih dan Petr Cech dikatakan bakal diumumkan sebagai pengarah teknikal pasukan.

Ketika zamannya bergelar pemain tengah, Lampard mempunyai teknik yang menawan dengan etika kerja keras menjadi teras permainan. Penjaring terbanyak Chelsea sepanjang zaman dengan 211 gol satu kehebatan luar biasa bagi seorang pemain tengah.

Lampard juga telah menjaringkan 20 gol lebih untuk 5 musim berturut-turut bersama Chelsea bermula musim 2005/06 sehingga musim 2009/10. Lampard juga merupakan satu-satunya pemain tengah yang menjaringkan lebih 150 gol di Liga Perdana Inggeris.

Lampard selepas bersara menghabiskan masa lapang dengan menjual kuih akok di England sebelum menjadi pengurus Derbu County.

Lampard Pengurus Baru Chelsea Dengan Gaji Ke-8 Termahal Di EPL

Frank Lampard sekarang berada dikedudukan ke-8 dalam senarai pengurus yang menerima gaji tertinggi di Liga Perdana Inggeris selepas sah dilantik sebagai pengurus Chelsea secara rasmi.

Bekas lagenda kelab itu mengikat perjanjian selama 3 tahun dan bakal menikmati gaji sebanyak RM25.98 juta(£5 juta) semusim.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menikmati gaji yang lumayan dengan bayaran RM103.92 juta(£20 juta) semusim sahaja lebih dua kali ganda daripada gaji yang diterima Mauricio Pochettino di Spurs.

Pochettino hanya dibayar RM44.17juta(£44.17 juta) sahaja setahun. Jurgen Klopp dan Ole Gunnar Solksjaer yang sekadar ditangga ke-6 pula memperoleh RM438.97juta(£44.17 juta) setahun.

Walaupun tanpa pengalaman yang luas lagi banyak selepas menjadi pengurus, agak lumayan juga bayaran yang diterima Lampard.

Persoalannya, adakah Lampard mampu mengemudi Chelsea dan juga akan turut dipecat?



Paparkan Komen