Laluan Mudah Menanti Pahang di Liga Juara Asia 2019

Zunnun oleh Zunnun 4 bulan yang lalu

Pahang akan mendapat laluan lebih mudah untuk ke pusingan kelayakan akhir jika menyertai Liga Juara Asia. Buat masa ini Pahang dalam status pengantungan oleh FAM selama 2 tahun untuk menyertai kejohanan kelab Asia.

Ia berikutan keengganannya menyertai Piala AFC 2018 walaupun layak secara merit. Pahang berjaya menebus kehampaan tewas kepada Kedah tahun lalu dan menjulang Piala FA buat kali ketiga selepas 2006 dan 2014.

Selangor terus kemarau kejuaraan Piala FA selepas kali terakhir menang pada tahun 2009 selepas menewaskan Kelantan 4-1.

Pahang merangkul Piala FA ke-3 selepas menewaskan juara 5 kali Selangor 2-0

Slot Liga Juara Asia 2019

Untuk 6 liga teratas di Asia Timur, liga ini akan mendapat slot terus ke Liga Juara Asia.

  1. Kedudukan pertama dan ke-2 (3 slot terus dan 1 slot kelayakan)
  2. Kedudukan ke-3 dan ke-4 (2 slot terus 2 slot kelayakan)
  3. Kedudukan ke-5 (1 slot terus dan 2 slot kelayakan)
  4. Kedudukan ke-6 (1 slot terus dan 1 slot kelayakan)
  5. Kedudukan ke-7 hingga ke-12 (1 slot kelayakan)

Rangka asas pembahagian slot

6 pasukan akan bermain di pusingan kelayakan 1. 3 pemenang akan mara ke pusingan kelayakan ke-2, menyertai 5 pasukan yang mendapat bye.

8 pasukan tersebut akan berentap di pusingan kelayakan ke-2, 4 pemenang akan mara ke pusingan ke-2 atau juga dipanggil pusingan kelayakan akhir. 4 pasukan yang menang tadi akan menyertai 4 pasukan yang mendapat bye kerana status liga mereka lebih tinggi.

4 pemenang di pusingan kelayakan akhir akan menyertai 12 pasukan yang mendapat slot terus.

Pengubahsuaian slot akibat masalah teknikal

Walaubagaimana pun, pengagihan slot sering kali tidak mengikut kerangka asas kerana terdapat beberapa negara mempunyai masalah teknikal. 3 masalah yang sering berlaku.

  1. Pasukan tidak mempuyai lesen
  2. Negara digantung oleh FIFA
  3. Tidak mempunyai 12 pasukan di liga utama

Pembahagian slot untuk edisi 2019, Australia (A League) kekal dengan liga 9 pasukan. Walaupun negara ini mendapat 4 slot-2 secara terus, 2 slot kelayakan-tetapi AFC meletakan syarat hanya 1/3 pasukan di liga boleh dihantar ke kejohanan asia.

Kehilangan 1 slot oleh Australia ditampung dengan menolak 2 pasukan di kelayakan 3 ke kelayakan 2. JDT meraih kekurangan A League ini pada 2016 dan 2017.

Kenapa Pahang dikatakan mendapat laluan lebih mudah

Pada 2016 dan 2017 JDT mendapat laluan lebih sukar kerana kedudukan Liga Super Malaysia berada di tempat ke-7. Pasukan dari Malaysia sepatutnya bermula di kelayakan pertama. Tetapi seperti yang disebut tadi, Malaysia mendapat keuntungan disebabkan Australia telah hilang 1 slot kelayakan.

Walaupun JDT bermula di kelayakan ke-2 tetapi pasukan ini perlu menentang pasukan dari kelab kedudukan ke-4 hingga ke-6.

Jika Pahang menyertai Liga Juara Asia 2019, pasukan ini juga akan bermula di pusingan kelayakan 2 dengan hanya menentang pasukan dari liga lebih rendah iaitu negara yang dikedudukan ke-7 hingga ke-12.

Teori kelab Thailand akan mendapat 2 slot terus

Dikhabarkan Thailand akan mendapat 2 slot terus pada kiraan MAA Ranking yang akan berlaku pada penghujung 2020. Ia kelihatan agak berasas kerana Australia seperti masih belum berminat untuk membesarkan A League.

A League dijangka terus kekal menjadi 4 liga terbaik di Asia Timur. Liga ini hanya mempunyai 9 pasukan sedangkan untuk 4 liga terbaik akan mendapat 4 slot. Australia sering membuang 1 slot kerana hanya 1/3 pasukan dari liga dibenarkan menyertai Liga Juara Eropah. Pengubahsuai pasukan di kelayakan 1 menjadi pilihan pertama AFC.

Slot Australia boleh ditakrifkan datang dari kumpulan 6 liga terbaik. Memberi 1 slot terus kepada Thailand seperti memulangkan slot tersebut ke kumpulan 6 liga terbaik. Faktor banyak pasukan liga ke-7 hingga 12 tidak  mempuyai lesen juga agak realistik.

Thailand boleh diberikan 1 tambahan slot terus tetapi perlu mengorbankan  slot kelayakan

  1. 3 slot (1 slot terus, 2 slot kelayakan)
  2. 2 slot (2 slot terus)

Apabila 1 slot terus diberikan kepada Thailand 2 negara akan hilang 1 slot kelayakan. Ataupun 2 negara tersebut bakal menjadi simpanan kepada negara yang gagal menghantar pasukan kerana masalah lesen, digantung FIFA ataupun masalah teknikal yang lain.

Berbalik kepada Pahang. FAM sepatut memaafkan pasukan ini. Ada ura-ura mengatakan Kofederasi Asia tidak mempunyai masalah dengan penolakan Pahang untuk menyertai Piala AFC 2018 atas sebab belum bersedia.

Semuanya terpulang atas keputusan FAM. Faktor kekurangan pasukan di Malaysia mempunyai lesen AFC boleh dipertimbangkan.




Paparkan Komen