Lagenda WWE, 'Mankind' Terima Pelawaan Billy Sharp Untuk Hadiri Perlawanan Sheffield United

Izuddin oleh Izuddin 1 bulan yang lalu

Lagenda WWE yang amat dikenali ramai, Mick Foley akan menghadiri perlawanan Sheffield United menentang Brentford pada bulan hadapan selepas menerima undangan daripada penyerang kelab berkenaan, Billy Sharp.

Bagi sesiapa yang terlepas bas, undangan ini terjadi berikutan apa yang berlaku ketika Sheffield seri 2-2 menentang Norwich bulan lepas. Dalam perlawanan tersebut, Billy berjaya menjaringkan 2 gol dan meraikan salah satu gol jaringannya dengan meniru gaya Mick Foley.

Foley merupakan lagenda WWE yang amat diminati seluruh dunia dan juga terkenal di Malaysia dimana beliau pernah membuat perlawanan pertunjukan di Kuala Lumpur pada tahun 2000.

AKSI ganas, buas dan durjana menjadi rencah buat penggusti terkemuka, Mick Foley ketika beraksi di gelanggang sebagai Mankind.

Namun wataknya agak licik dan penuh tipu muslihat apabila menggunakan nama lain iaitu Cactus Jack dan mencetuskan kegilaan peminat, selain sikap kelakar dan penggoda sebagai Dude Love.

Tidak kira apa nama samarannya - Mankind, Cactus Jack mahupun Dude Love - Mick Foley tetap menjadi tumpuan di gelanggang dan disanjungi di seluruh dunia.

Berbalik kepada undangan Billy terhadap Foley, bekas bintang WCW dan ECW dijangka bakal berada di Brammal Lane pada 12 Mac nanti.

"Exciting news, I am taking up Billy Sharp on his offer to be his guest at the Sheffield United game on 12th March and on the next day I have a show of my own hosted by Flash Morgan Webster right there at the Stadium!" Ujar Mick Foley kepada laman web rasmi Sheffield United.




Paparkan Komen