Krew Filem Turun Ke Ethihad Untuk Rakam Detik Kemenangan City Hampa

Encik Bakri oleh Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Kehampampaan menyelebungi dan mengiringi krew filem dari sebuah Syarikat Radio Komersil Key 103 yang mahu merakamkan detik kejayaan Manchester City yang sah di nobatkan sebagai juara Premier League musim 2107/18.

Krew filem itu menjangkakan perkarangan Stadium Ethihad akan dipenuhi oleh penyokong The Citizen bagi meraikan kejayaan mereka muncul juara selepas Manchester United tewas kepada West Bromwich Albion 1-0 hasil tandukan Jay Rodriguez.

Tiada parti awam di Ethihad apabila hanya segelintir sahaja yang keluar ke Stadium untuk meraikan kejayaa itu. Mungkin mereka bersama Pep Guardiola bermain golf yang hanya tahu kejayaan mereka melalui mesej dari seorang rakan.

Namun disebalik kehampaan dan kekosongan itu video yang dirakam menjadi tukar dan seperti biasa menjadi bahan jenaka warga maya.

Semua pergi Nandos.




Paparkan Komen