Konspirasi Teori Di Sebalik 'Kecederaan Belakang' Yang Dialami Mesut Ozil

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Ketiadaan nama Mesut Ozil dalam kesebelasan utama Arsenal ketika menentang Tottenham Hotspurs hujung minggu lalu nyata mengundang beribu persoalan.

Ramai peminat Arsenal yang kecewa dengan ketiadaan Ozil tetapi mujurlah Unai Emery berjaya memimpin Arsenal mencapai kemenangan ke atas Spurs dalam perlawanan epik yang berlangsung di Emirates Ahad lepas.

Kegilaan Ozil terhadap Fortnite bukan rahsia lagi. Beliau pernah melakukan streaming bermain Fortnite melalui Twitch

Kenyataan rasmi dari Arsenal menyatakan Ozil tidak dapat diturunkan bermain kerana beliau mengalami kecederaan di bahagian belakangnya.

Ini bukanlah kali pertama Ozil gagal tampil dalam perlawanan besar untuk Arsenal. Ozil juga menjadi terkenal kerana selalu 'hilang' dalam perlawanan besar, sama ada tidak menyerlah atau mengalami kecederaan yang tidak disangka.

Namun begitu, ketiadaa Ozil ketika 'North London Derby' telah menangkap perhatian seorang blogger terkenal Arsenal yang dikenali sebagai Le Grove.

Dalam satu status yang dimuat naik menerusi akaun Twitter, Le Grove mendedahkan satu konspirasi teori yang agak gila, tetapi boleh dipercaya berdasarkan kegilaan Ozil terhadap permainan komputer.

Sakit belakang sebab maen game kuat sangat ? 'Game' atas katil pon boleh buat sakit belakang

Ozil merupakan peminat tegar 'Fortnite', antara permainan komputer paling popular di dunia sekarang. Pada Oktober lalu, terdapat satu pendedahan yang mengatakan Ozil mempunyai 600 kemenangan dalam permainan tersebut, satu jumlah yang agak tinggi.

Menurut Le Grove, kegilaan Ozil bermain 'Fortnite' mungkin menjadi punca mengapa beliau kerap mengalami kecederaan sejak kebelakangan ini.

"Kepada sesiapa yang mengetahui permainan 'Fortnite', untuk mendapatkan 600 kemenangan, ia memerlukan masa yang amat lama."

Permainan video yang menjadi kegilaan ramai terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah

"Untuk meraih satu kemenangan, dalam 'solo mode' anda perlu menewaskan 99 pemain yang lain. 48 pasukan jika anda bermain dalam 'duo mode' manakala 24 pasukan jika anda bermain dalam 'squad mode'."

"Ia merupakan perkara yang amat, amat sukar untuk dilakukan. Jika saya pengurus Arsenal atau ketua eksekutif Arsenal, ia jelas menunjukkan Ozil sedang terlibat dalam aktiviti yang tidak menyihatkan yang mana ia mampu membawa kepada tidur lewat."

"Kerana sama seperti permainan komputer hebat yang lain, anda akan ketagih untuk bermain. Jika Ozil mengalami kesakitan di bahagian belakangnya, ia mungkin disebabkan beliau duduk selama beberapa jam 'bertarung' dengan penuh aggresif dari apa yang pernah dipamerkannya ketika beraksi di atas padang."

"Sudah tentu, ramai atlet terkemuka dunia bermain permainan video tetapi untuk memiliki rekod 600 kemenangan dengan peratusan menang pada 12%, Ozil  telah bermain hampir 6,000 perlawanan dalam 'Fortnite'."

Adakah anda bersetuju dengan teori ini ? Walaupun agak keterlaluan, tetapi dakwaan ini memang masuk akal jika kita melihat pada statistik 'Fortnite' Ozil.

Ala macam maen PUBG. Satu game average 30 minit ke atas atau lebih. Nak menang punyalah susah. Ozil ni senang-senang je dapat 600 kemenangan. Haha..




Paparkan Komen