Kompany: Liverpool Akan Memenangi Kesemua Baki Perlawanan Liga

Izuddin oleh Izuddin 2 bulan yang lalu

Kapten Manchester City, Vincent Kompany percaya Liverpool akan memenangi kesemua baki perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Disebabkan perkara tersebut, Kompany menggesa pasukannya supaya tidak leka dan terus mengutip 3 mata bagi memastikan Manchester City dapat mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

City tidak boleh keciciran mata lagi jika mahu muncul juara Liga Perdana Inggeris musim ini

Selepas mengharungi 30 perlawanan, Manchester City kini berada dalam landasan terbaik untuk sekali lagi muncul juara liga dengan memiliki kelebihan 1 mata ke atas Liverpool.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu telah memenangi 24 dari 30 perlawanan liga yang mereka harungi setakat ini manakala Liverpool pula mempunyai 22 kemenangan liga selepas menewaskan Burnley malam tadi 4-2 di gelanggang sendiri.

Melihat pada prestasi Liverpool ketika ini, Kompany percaya Manchester City wajib bermain pada tahap tertinggi sekiranya mahu mengekalkan kejuaraan liga sekaligus menafikan impian Liverpool untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris buat pertama kali.

Liverpool Next Year Is Our Year akan memenangi kesemua baki perlawanan musim ini

"Kami tidak boleh meminta lebih dari apa yang kami ada pada peringkat musim ini tetapi kami percaya Liverpool akan memenangi kesemua baki perlawanan liga sehingga tamat musim ini."

"Kami juga sedar cabaran getir yang bakal kami hadapi dengan beberapa perlawanan besar bakal kami harungi selepas ini. Kami masih lagi tenang tetapi tidak akan terbawa-bawa dengan pencapaian kami ketika ini."

Dalam perlawanan terakhir, Manchester City berjaya menjinakkan Watford 3-1 di Etihad Stadium hasil jaringan hatrik dari pemain antarabangsa England, Raheem Sterling.

Sterling antara pemain terbaik dunia menurut Kompany. Anda setuju ?

Kompany percaya Sterling tergolong dalam kelompok pemain serangan terbaik dunia ketika ini selepas menjaringkan 15 gol dari 27 perlawanan Liga Perdana Inggeris. Selain gol yang banyak, Sterling juga menjadi salah satu sumber kreatif buat pasukannya apabila mengumpul 9 assists.

"Sterling mempunyai keinginan yang besar untuk terus berkembang. Pencapaian Sterling sangat menakjubkan kerana  tahun pertamanya di sini agak sukar."

"Apabila Pep datang ke sini, beliau terus berubah menjadi pemain yang cemerlang dan semakin baik dari hari ke hari."

"Bagi saya, beliau adalah salah seorang pemain sayap terbaik di dunia. Sterling sangat, sangat penting buat kami."

"Beliau mempunyai kebolehan untuk merobek bahagian pertahanan ketika pihak lawan sedang bertahan dengan meletakkan ramai pemain. Itu merupakan tanda beliau adalah seorang pemain berkelas tinggi."




Paparkan Komen