Kobert Buat Laporan Polis Kebocoran Maklumat Jersi Terengganu FC 2018

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Penaja jersi bola sepak pasukan Terengganu FC, Kobert telah membuat satu laporan polis selepas berlaku kebocoran maklumat mengenai rekaan jersi Terengganu FC bagi musim 2018.

Menurut kenyataan beserta gambar laporan polis yang telah muat naik ke laman Muka Buku, pihak Kobert membuat laporan polis ekoran penyebaran maklumat tersebut di page "Skodeng Bola Terengganu" dan di dalam Whatsapp group "TGT FC".

Kobert juga kan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam siasatan dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat.

"Pada 03/12/2017 lebih kurang jam 11 pagi bertempat di pejabat Kobert Bell Jalan Kamaruddin Kuala Terengganu, Saya telah diberitahu oleh majikan saya bahawa terdapat penyebaran dan kebocoran maklumat mengenai perjumpaan dan perbincangan mengenai pemilihan baju jersi pemai bola sepak pasukan Terengganu.

Penyebaran tersebut dilakukan oleh pemilik akaun Facebook -Skodeng Bola Terengganu- di mana beliau telah menyebarkan beberapa keping gambar baju pemain Terengganu serta gambar semasa mesyuarat dijalankan yang diambil oleh sumber yang tidak pasti.

Laporan polis ini dibuat kerana terdapat kebocoran maklumat dan penyebaran di laman Facebook dan juga Whatsapp. Sekian report saya."

Kami telah membuat satu laporan polis berkenaan kebocoran maklumat rekaan jersi Terengganu FC 2018 yang telah disebarkan...

Posted by Kobert on Sunday, December 3, 2017



Paparkan Komen