Klopp Samakan Liverpool Dengan 'Rocky Balboa', Akui Pasukannya Masih Lagi Underdog

Izuddin oleh Izuddin 6 hari yang lalu

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata pasukannya sudah bersedia untuk memberikan saingan dalam perebutan liga, tetapi mengakui Liverpool masih lagi'underdog' jika dibandingkan dengan pasukan lain.

Liverpool membelanjakan hampir £170 juta dengan membawa masuk Naby Keita, Fabinho, Xherdan Shaqiri and penjaga gol Brazil, Alisson untuk memperkuatkan lagi skuad yang hampir memenangi Liga Juara-Juara Eropah musim lepas.

Liverpool berjaya menamatkan rekod tanpa kalah City di Anfield tetapi menamatkan kempen liga 25 mata di belakang mereka.

Ramai beranggapan dengan kemasukan pemain-pemain ini, Liverpool merupakan pencabar utama untuk memberikan saingan kepada Manchester City dalam perebutan takhta Liga Perdana Inggeris musim ini.

Walau bagaimanapun, ketika bercakap dalam sidang media menjelang pertemuan pertama Liverpool menentang West Ham Ahad ini, Klopp menyamakan pasukannya dengan 'Rocky Balbao', karakter dalam filem terkenal 'Rocky' yang dilakonkan oleh Sylvester Stallone. Klopp membuat perumpamaan tersebut kerana beranggapan Liverpool masih lagi pasukan 'underdog' dalam perebutan kejuaraan liga.

"Kami perlu lebih konsisten, itu yang kami harus lakukan. Kami tahu mengenai perkara itu. Kami perlu lebih klinikal di hadapan gol dan aggresif pada waktu yang tepat."

"Banyak perkara yang pasukan ini mampu perbaiki dari segi serangan dan pertahanan. Kami perlu memperbaiki segala-galanya."

Klopp yang merendah diri walaupun mewah berbelanja

"Anda tanya saya mengenai jurang Liverpool dengan Manchester City. Kami memperolehi 3 mata dari mereka ketika kami menang pada bulan Januari. Dan mereka juga memperolehi 3 mata ketika kami tewas pada bulan Disember."

"Jadi situasi ini bukan sahaja sukar buat kami, tetapi pasukan lain juga melalui perkara yang sama."

"Kami perlu berada dalam 'Championship Mode'. Ia sama seperti anda terjun ke dalam air, anda turun ke dasar lebih dalam sehingga anda tidak boleh bernafas lagi. Itu rancangan yang kami perlu lakukan sekiranya mahu mencabar Manchester City."

"Banyak pihak beranggapan disebabkan kami aktif dalam pasaran perpindahan, Liverpool bakal menjadi pencabar utama kepada City. Tetapi itu semua hanya sebahagian daripada bisnes, ia tidak menentukan apa-apa."

"Manchester City merupakan penyandang juara dan mereka tidak kehilangan mana-mana pemain. Mereka juga membawa masuk Riyad Mahrez jadi sudah tentu mereka bukan pasukan yang lebih lemah dari musim lepas."

Lwan Liverpool Ahad ni. Jack Wilshere dan Felipe Anderson

"Kita boleh lihat perlawanan Manchester City menentang Chelsea dalam Piala Komuniti minggu lalu. Kedua-dua pasukan sangat menyerlah."

"Liverpool masih lagi Rocky Balbao dan bukan Ivan Drago [petinju dari Russia yang ditewaskan Rocky dalam filem 'Rocky IV']. Kami merupakan pasukan yang perlu bekerja lebih keras. Itu sikap yang pasukan ini perlu amalkan."

Sama seperti Liverpool, West Ham juga aktif dalam pasaran perpindahan pemain dan Manuel Pellegrini telah membelanjakan lebih £100 juta untuk mengubah nasib kelab tersebut, yang menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris musim lepas di kedudukan ke-13.




Paparkan Komen