Klopp: Keita Masih Belum Capai Tahap Seperti Di RB Leipzig Dulu

Izuddin oleh Izuddin 6 bulan yang lalu

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa Naby Keita masih belum mempamerkan tahap permainan seperti yang pernah ditunjukkan beliau ketika mewakili RB Leipzig dahulu.

Namun begitu, Klopp masih lagi percaya dengan potensi yang ada pada pemain tersebut walaupun bergelut untuk berada dalam kesebelasan utama sejak kebeakangan ini.

Keita dikatakan tidak mempunyai keyakinan yang cukup di atas padang

Kali terakhir pemain antarabangsa Guinea itu tampil dalam kesebelasan utama Liverpool adalah pada 21 Disember lalu ketika menentang Wolves. Sejak daripada itu, Klopp mendakwa Keita bergelut untuk mencari kembali keyakinannya di atas padang.

Keita merupakan salah seorang daripada empat pemain baru yang dibawa masuk Klopp pada jendela perpindahan musim panas lalu. Daripada kesemua baru, Keita dilihat sebagai pemain paling kurang menyerlah jika dibandingkan dengan Fabinho, Xherdan Shaqiri dan Alisson Becker.

Keita juga mengalami kecederaan pada permulaan musim yang menyaksikan beliau terlepas 3 perlawanan untuk Liverpool.

Ketika diminta untuk mengulas situasi semasa Keita di Anfield, Klopp berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan pemain tersebut dan kekurangan waktu permainan Keita adalah disebabkan faktor pasukan.

Keita dulu minum Red Bull setiap hari, sebab itu power

"Tidak [tiada masalah dengan Keita]. Kadang-kala perkara macam ni akan berlaku. Saya ada bercakap dengan beliau. Segalanya baik-baik sahaja dengan Keita. Saya gembira dengan beliau."

"Adakah Keita perlu menunjukkan lebih banyak keyakinan dalam permainannya ? Ya."

"Adakah beliau pemain yang sama seperti di Leipzig dahulu ? Tidak, tetapi beliau masih lagi cuba menyesuaikan diri dan itulah keadaaan semasa."

Liverpool mengaktifkan klausa pelepasan Keita pada Ogos 2017 yang berjumlah £48 juta tetapi memilih untuk membiarkan Keita beraksi untuk Leipzig untuk semusim lagi.

Walaupun perlu menungu lebih lama untuk melihat Keita menyarung jersi Liverpool, persembahan awal pemain tersebut dalam 3 perlawanan awal Liverpool menunjukkan Keita bakal melalui masa depan yang cerah di Anfield.

"Semua orang melihatnya. Bukan hanya pada permulaan musim sahaja bagaimana cemerlangnya beliau beraksi."

"Ketika menentang Spurs di tempat lawan, beliau mempunyai perlawanan yang sangat baik tanpa ragu-ragu."

"Selepas itu, kami ada membuat sedikit perubahan sebelum bertemu Manchester City. Para pemain perlu menerimanya kerana beberapa pemain kami mengalami kecederaan."

"Perubahan tersebut sedikit membantutkan Keita tetapi beliau masih lagi pemain yang hebat. Dan saya sangat gembira untuk memilikinya di sini."

Ayat sedap Klopp untuk Lallana demi memancing kelab luar membeli pemain tersebut

Bahagian tengah bukanlah masalah utama buat Klopp memandangkan beliau mempunyai pemain seperti Fabinho, Shaqiri, Jordan Henderson, James Milner dan Georginio Wijnaldum untuk mengisi 3 slot di bahagian tengah pasukan.

Selain itu, terdapat seorang lagi pemain yang jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Liverpool musim ini iaitu Adam Lallana. Walaupun kurang beraksi, Klopp masih menganggap Lallana sebahagian daripada perancangannya musim ini.

"Adam sebenarnya berada dalam keadaan yang menakjubkan. Saya boleh cakap beliau berada dalam keadaan terbaik sepanjang saya mengenalinya."




Paparkan Komen