Khabib Nurmagomedov Akan Bertarung Dengan Floyd Mayweather Pada Januari 2020

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Ali Abdelaziz yang merupakan pengurus petarung UFC sensasi ketika ini Khabib Nurmagomedov telah menyatakan bahawa pertarungan di antara Khabib Nurmagomedov dengan petinju handalan dunia, Floyd Mayweather akan berlangsung pada tahun hadapan.

Desas-desus dan khabar angin bahawa pertarungan antara Khabib Nurmagomedov dan Floyd Mayweather telah lama kedengaran dan adakah pengumuman daripada Ali Abdelaziz akan menjadi satu kenyataan?

Melalui satu ciapan yang telah dibuat di laman Twiternya, Ali Abdelaziz telah memberi bayangan bahawa pertarungan yang akan melibatkan jumlah wang yang besar itu akan didadakan pada bulan Januari 2020.

"Ini merupaka rancangan asal tetapi Ayahanda sukan tempur, Dana White telah membuatkan Floyd Mayweather bersembunyi."

"Ketiga-tiga antara kami tahu apa yang berlaku tapi secara jujurnya aku gembira melihat Dana White dan Floyd Mayweather akhirnya dapat seorang promoter yang bagus untuk mempromosikan pertarungan ini."

Dalam ciapannya itu juga, Ali Abdelaziz telah memuat naik video pendek promosi yang memaparkan dengan jelas perincian pertarungan yang akan berlangsung di Arab Saudi.

Pertarungan ini juga dijangka akan mencecah nilai sebanyak $300 juta atau lebih kurang RM1.25 bilion sahaja dan pembahagian antara kedua petarung tidak didedahkan.

Pada kebiasaannya sudah pasti Floyd 'Money' Mayweather akan mengaut keuntungan lebih daripada lawan. Apa yang pasti $100 juta (RM400 juta) dalam poket Khabib Nurmagomedov jika pertarungan ini benar-benar terjadi.

Abdelaziz was questioned over the claims and said the fight would be a lucrative $300 million purse.

Bapa kepada Khabib Nurmagomedov yang dikenali sebagai Pak Manap atau nama penuhnya Abdulmanap Nurmagomedov sebelum ini tidak menolak bahawa anaknya mungkin akan bertarung digelanggang tinju.

Sudah pasti lawannya adalah pesara tinju berusia 42 tahun itu yang gilakan duit sehingga mendapat gelaran Floyd 'Money' Mayweather.

Namun jika diturutkan kenyataan Pak Manap pertarungan tinju ini hanya akan berlangsung selepas pertarungan Khabib dengan Tony Ferguson yang dijangkan berlangsung pada Mac atau April 2020.

View this post on Instagram

Флойд ...уважаю желание провести бой с Хабибом . У нас сейчас самый ответственный момент, когда нам предстоит провести лучший бой в истории UFC. 12 против 12 из серии побед и болельщики ждут этого боя . Мы готовились к этому бою в обшей сложности больше года . Пять месяцев и бой должен состоятся . В впервые нам нужно будет выступить по боксу и нам нужен будет лагер - Ломаченко старшего на полгода . Почему бы нет !!!

A post shared by Abdulmanap_nurmagomedov (@abdulmanap.nurmagomedov) on

Jika pertarungan antara Khabib Nurmagomedov dan Tony Ferguson sudah ditetapkan tarikh maka pertarungan tinju ini tidak akan berlangsung dan Januari 2020 juga terlalu hampir.

Secara logiknya pertarungan antara Khabib Nurmagomedov dan Floyd 'Money' Mayweather hanya akan berlangsung pada tahun 2021.

Pada minggu lalu, Mayweather juga telah membuat pengumuman bahawa beliau akan keluar daripada persaraan pada tahun hadapan dan lawannya masih menjadi misteri dan spekulasi.

Antara nama yang disebut sudah pasti pertarungan ulangan menentang Manny Pacquiao atau perlawanan hiburan menentang Conor Mcgregor.

Sementara itu nama dua Youtuber terkenal, KSI atau Logan Paul juga menjadi sebutan untuk bertarung dengan Mayweather, jika lawan salah seorang Youtuber ni sekadar perlawanan sarkis.



Paparkan Komen