Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Europa League 2019/20

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 minggu yang lalu

Seperti biasa selepas berlangsungnya undian peringkat kumpulan bagi kejohanan paling agung di Eropah iaitu UEFA Champions League maka tiba giliran undian untuk kejohanan tahap dua Eropah, Europa League pula berlangsung.

Undian Europa League musim 2019/20 mula menjadi tumpuan peminat pasukan Setan Merah dan Si Meriam selepas mereka gagal untuk layak ke kejohanan paling agung Eropah itu.

Populariti Manchester United dan Arsenal menjadi nilai tambah buat kejohanan yang kurang menjadi perhatian ramai ini.

Kedudukan POT untuk undian kejohanan antara kelab Eropah sebenar yang mempertaruhkan 48 pasukan, bukan 32 dan tiada Tottenham sama sekali.

Sebanyak 4 Pot di dipecahkan mengikut kepoweran pasukan masing-masing dan Pot 1 power dan Pot 2,3,4 semakin berkurangan power pasukan itu.

Manchester United (bekas juara) dan Arsenal (bekas bakal juara) berada di POT 1.

Jangan tanya Chelsea kat mana pula nak ajak repeat

Kedudukan POT untuk undian kejohanan antara kelab Eropah sebenar yang mempertaruhkan 48 pasukan, bukan 32 dan tiada...

Posted by The Sukan on Friday, 30 August 2019

Selepas undian selesai sampai berpeluh-peluh Ashley Cole memegang kad tertera nama Manchester United maka inilah kedudukan pasukan dari group A sehingga group L.

Machester United berada dalam group L bersama FC Astana, Partizan Belgrade(bukan Partiban) dan AZ Alkmaar dan dilihat mudah untuk mara sehingga ke final. Kalau tak lepas peringkat kumpulan memang bangang la.

Arsenal pula diundi berada dalam group F bersama Eintracht Frankfurt, Standard Liège dan Vitoria Guimarães. Mesti ada team yang korang tak pernah dengar nama kan? Kalau Arsenal pun tak mampu lepas peringkat kumpulan tak tau nak cakap menda selain lemah dan lembik.

Final sudah pasti menemukan Manchester United dan Arsenal lalu Setan Merah muncul juara dan layak ke Champions League walaupun menamatkan liga di tangga ke-6 seperti biasa.

Group A

Sevilla, Apoel Nicosia, Qarabag, Dudelange

Group B

Dynamo Kyiv, Copenhagen, Malmö, Lugano

Group C

Basel, Krasnodar, Getafe, Trabzonspor

Group D

Sporting Lisbon, PSV Eindhoven, Rosenborg, Lask Linz

Group E

Lazio, Celtic, Rennes, CFR Cluj

Group F

Arsenal, Eintracht Frankfurt, Standard Liège, Vitoria Guimarães

Group G

Porto, Young Boys, Feyenoord, Rangers

Group H

CSKA Moscow, Ludogorets, Espanyol, Ferencvaros

Group I

Wolfsburg, Gent, St Etienne, Olexandriya

Group J

Roma, Borussia Mönchengladbach, Istanbul Basaksehir, Wolfsberger

Group K

Besiktas, Braga, Wolves, Slovan Bratislava

Group L

Manchester United, FC Astana, Partizan Belgrade, AZ Alkmaar




Paparkan Komen