Kejayaan Mesir Layak ke Piala Dunia Menguatkan Lagi Teori Penyokong Liverpool

Eikrem oleh Eikrem 1 tahun yang lalu

Kita sudahpun menghampiri penghujung tahun 2017 dan ini bermaksud tidak lama lagi kita akan bertemu tahun 2018. Dalam ktia menganjak tahun, kemodenan dunia semakin lama semakin maju dengan kadar yang pesat.

Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi terutamanya bermula daripada satu teori.

Contohnya, bagaimana sebuah kapal terbang mampu meluncur di sebalik awan. Terima kasih kepada Encik Bernoulli, ada di antara kita mampu pulang ke Pasir Tumboh, Kelantan, tanpa perlu melalui kesesakan jalan raya yang terlampau pada musim perayaan. Seperti yang kita pelajari dalam subjek sains/fizik, teori Bernoulli diapplikasikan dalam pembinaan kapal terbang.

Teori Bernoulli | Gambar : Stanford

Begitu juga dalam bidang elektrik dan elektronik. Tanpa teori daripada Encik Greg Simon Ohm dan Encik Gustav Kifchoff yang kemudiannya diangkat sebagai satu hukum, kita tidak akan mampu menggunakan telefon pintar untuk menonton video-video menarik di Tumblr seperti 'siapa melayu tekan 1'.

Dalam bidang sukan, banyak juga teori yang diapplikasikan, terutamanya dalam bola sepak. Teori-teori digunakan secara meluas, contohnya dalam bidang kecergasan pemain, taktikal dan marketing.

Pasukan kebangsaan Mesir berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 selepas dua gol Mohamed Salah membantu Mesir membenam Congo. Selain berpuluh juta penduduk negara Afrika tersebut, penyokong Liverpool turut bersorak gembira dengan kejayaan ini dan ia bukan sekadar kerana prestasi cemerlang Salah.

https://www.youtube.com/watch?v=LaYADht_3ro

Mereka telah mengeluarkan satu teori yang agak menarik dan padu.

Kali terakhir Mesir layak ke Piala Dunia adalah pada tahun 1990, tahun yang sama Liverpool memenangi gelaran liga divisyen utama. 27 tahun berlalu kabinet trofi Liverpool tandus tanpa piala terulung tersebut sehinggalah mereka membeli salah dari AS Roma.

Bagi mereka, Salah adalah kunci kepada slogan This is Our Year. Memandangkan Salah telah memecahkan badi kegagalan Mesir ke Piala Dunia, maka penyokong The Reds juga yakin Salah akan membawa trofi Liga Perdana Inggeris ke Anfield pada musim depan.

Itu teori mereka dan admin sangat yakin dan percaya bahawa teori ini adalah satu teori yang dihasilkan oleh insan yang super genius. Jadi, nak tunggu apa lagi?

RM50 atas meja lah!




Paparkan Komen