Kedah Road To Final Piala Malaysia 2019

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Pasukan Kedah sekali lagi mara ke final Piala Malaysia bagi edisi 2019 dan ini merupakan kali ke-4 Kedah ke final Piala Malaysia dalam tempoh 5 tahun, kejohanan sangat sinonim bagi Kedah.

Ini merupakan kali ke-14 Kedah mara ke final Piala Malaysia, Kedah telah muncul juara sebanyak 5 kali dan naib juara sebanyak 8 kali, adakah percubaan kali ke-14 ini Kedah akan menjadi juara?

Diperingkat kumpulan Kedah bermula baik apabila menang pada perlawanan pembukaan menentang Negeri Sembilan sebelum tewas kepada Terengganu serta seri menentang PKNS FC.

Kedah kembali bangkit pada pusingan kedua peringkat kumpulan dengan memenangi kesemua 3 baki perlawanan sekaligus muncul juara kumpulan A.

Kedah Juara Kumpulan A

Disuku akhir Kedah bertemu naib juara kumpulan B, PKNP FC. Laluan Kedah ke separuh akhir agak mudah apabila menang dengan agregat 6-2.

Pahang menunggu Kedah diseparuh akhir bukan lawan mudah, pada separuh akhir pertama Kedah bangkit mengikat Pahang 3-3 di Darul Aman dan tugas berat menanti Kedah dengan Pahang berkelebihan 3 gol tempat lawan.

Separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Pahang dan Kedah boleh dikatakan perlawanan separuh akhir paling epik, dramatik, menghiburkan dan antara yang terbaik dalam sejarah Piala Malaysia.

Pada separuh pertama di stadium Darul Aman, aksi kebangkitan telah ditunjukkan oleh Kedah untuk mengikat kedudukan 3-3 dan Pahang membawa bekalan gol tempat lawan untuk perlawanan kedua.

Aksi kejar-mengejar yang epik di Stadium Darul Makmur menyaksikan Kedah berjaya memadamkan kelebihan gol tempat lawan yang dimiliki Pahang apabila berjaya mengikat perlawanan 3-3.

Peringkat Kalah Mati

Dengan kedudukan agregat 6-6 perlawanan di bawa ke masa tambahan selama 30 minit untuk ditentukan pemenang. Kegilaan berterusan di masa tambahan dengan 4 gol terhasil.

Sebelum pengadil meniup wisel penamat Dickson Nwakaeme menyamakan kedudukan untuk kedudukan 5-5 dengan gol ke-10 perlawanan.

Kedah mara ke final dengan kelebihan gol tempat lawan dan menimbulkan kontroversi dengan layaknya Kedah ke final kerana mereka tidak faham peraturan.

Maka MFL telah tampil untuk memberi penjelasan mengenai peraturan diguna pakai dalam Piala Malaysia.

Di final pasukan paling kental di alam semesta, pasukan penanda aras dan batu asas, JDT menunggu.

Piala Malaysia 2019 Separuh Akhir 2 : Pahang 5-5 Kedah (Agregat 8-8)

Kedah bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang tanpa kelebihan yang nyata selepas seri di Stadium Darul Aman dalam separuh akhir pertama yang memberi Pahang bekalan gol tempat lawan.

Hanya kemenangan yang akan melayakkan Kedah ke perlawanan akhir dan ini memberi tekanan lebih namun dengan aksi kebangkitan luar biasa pada perlawanan pertama tiada yang mustahil buat Kedah.

Di atas kertas boleh dilihat segala kelebihan menjadi milik Pahang ditambah dengan bermain di tempat sendiri tetapi dalam bola sepak semuanya boleh terjadi sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kedah bermula langkah kanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang apabila didepan seawal minit ke-8 untuk mendahului 4-3 secara agregat.

Hantaran jauh Baddrol Bakhtiar cantik mencari Fernando Rodriguez yang disudahkan dengan penuh ketenangan dan menewaskan penjaga gol Pahang.

Helmi Eliza buat apa tu?

Separuh masa pertama perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang dan Kedah berakhir dengan kedudukan 1-1 dengan agregat terikat kepada 4-4.

Gol pendahuluan Kedah daripada Fernando Rodriguez hasil hantaran Baddrol Bakhtiar dipadamkan oleh orang besi, Dickson Nwakaeme.

Dickson Nwakaeme dengan bersahaja mengutip bola dari tepi padang dan bergelek masuk menghampiri kotak penalti.

Kemudian satu rembatan cantik dilepaskan dari luar kotak penalti yang hanya mampu dilihat saja oleh penjaga gol Kedah, Ifwat Kamal.

Tempoh 45 minit pertama tamat dengan kedudukan 1-1 dan agregat masih terikat 4-4. Separuh masa kedua menampilkan aksi penuh kegilaan dan kejar-mengejar.

Sembilan minit bersambung separuh masa kedua, Jonatan Bauman kembali meletakkan Kedah dihadapan dengan menyudahakan hantaran Zaquan Adha hasil kealpaan pertahanan Pahang.

Lazarus Kaimbi kembali menyamakan kedudukan dengan rembatan deras jarak dekat sebelum meletakkan Pahang dihadapan dengan gol kedua peribadi.

Hantaran cantik Dickson Nwakaeme disudahkan dengan begitu tenang Lazarus Kaimbi. Satu penyudah yang cantik.

Berbaki 5 minit permainan Baddrol Bakhtiar menjadi wira Kedah dengan gol penyamaan 3-3 dan agregat 6-6 lalu mengheret permainan ke masa tambahan.

Sepakan percuma Baddrol menimbulkan salah faham dan kelam-kabut dihadapan gol Pahang sebelum bola melantun masuk.

Gol ke tidak? Pembantu pengadil mengesahkan jaringan dan pengadil juga bersetuju.

Hanya 3 minit diperlukan Kedah untuk mendahului Pahang hasil jaringan Renan Alves yasng menyapu terus sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar.

Kegilaan perlawanan antara Kedah dan Pahang berterusan dan terus menggila apabila Renan Alves menjatuhkan Dickson Nwakaeme dalam kotak penalti.

Harold Goulon tenang menyempurnakan sepakan untuk kembali mengikat kedudukan dengan gol ke-8 perlawanan. Gila agregat 7-7.

Separuh akhir kedua Piala Malaysia ini boleh dikatakan perlawanan separuh akhir paling epik dan antara yang terbaik dalam sejarah Piala Malaysia.

Ketika perlawanan berbaki kurang 3 minit Fernando Rodriguez meletakkan Kedah dihadapan beberapa minit selepas Pahang menyamakan kedudukan.

Gol berpunca daripada serangan balas pantas. Ketika ini peluang Pahang sudah tamat kerana perlu mencari dua gol untuk ke final.

Sebelum pengadil meniup wisel penamat Dickson Nwakaeme menyamakan kedudukan untuk kedudukan 5-5 dengan gol ke-10 perlawanan.

Dickson meraikan gol itu dengan girangnya mungkin beliau lupa seri tidak cukup untuk Pahang ke final.

Gol Dickson itu tidak cukup buat Pahang apabila Kedah mara dengan peraturan jaringan gol tempat lawan.

FT Pahang 5-5 Kedah (Agregat 8-8)

Fernando Rodriguez 8' 117'
Dickson Nwakaeme 33' 120+2'
Jonatan Bauman 55'
Lazarus Kaimbi 71'75'
Baddrol Bakhtiar 85'
Renan Alves 93'
Herold Houlon 112' (P)

Piala Malaysia 2019 Separuh Akhir 1 : Kedah 3-3 Pahang

Perlawanan separuh akhir pertama antara Kedah dan Pahang menyaksikan pasukan Helang Merah bangkit berkali-kali untuk mengikat Pahang dengan gol penyamaan hadir masa kecederaan. Dramatik.

Wan Zaharulnizam atau nama manjanya Kecik, meletakkan Pahang di hadapan pada minit ke-13 melalui satu rembatan cantik dari luar kotak penalti.

Stadium Darul Aman sekali lagi menerima kejutan apabila Dickson Nwakaeme menggandakan kedudukan melalui satu sepakan penalti.

Jaringan ke-7 Dickson Nwakaeme untuk kempen Piala Malaysia 2019.

Pada minit ke-32 Fernando Rodriguez merapatkan jurang gol dengan menjaringkan gol pertama Kedah.

Lima minit kemudian Jonatan Bauman mensia-siakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan apabila Helmi Eliza berjaya merigat sepakan Bauman.

Fernando Rodiguez menyamakan kedudukan pada minit ke-39 melalui sepakan penalti dan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-2.

Pada minit ke-73 Azam Azih kembali meletakkan Pahang di depan.

Ketika kemenangan dilihat bakal berpihak kepada Pahang Zaquan Adha menyamakan kedudukan pada minit ke-94.

FT Kedah 3-3 Pahang

Wan Zaharulnizam 13'
Dickson Nwakaeme 26'
Fernando Rodriguez 32'40'(P)
Nor Azam Azih 72'
Zaquan Adha 90+4'

Piala Malaysia 2019 Separuh Akhir 1 : Kedah 3-3 Pahang

Perlawanan separuh akhir pertama antara Kedah dan Pahang menyaksikan pasukan Helang Merah bangkit berkali-kali untuk mengikat Pahang dengan gol penyamaan hadir masa kecederaan. Dramatik.

Wan Zaharulnizam atau nama manjanya Kecik, meletakkan Pahang di hadapan pada minit ke-13 melalui satu rembatan cantik dari luar kotak penalti.

Stadium Darul Aman sekali lagi menerima kejutan apabila Dickson Nwakaeme menggandakan kedudukan melalui satu sepakan penalti.

Jaringan ke-7 Dickson Nwakaeme untuk kempen Piala Malaysia 2019.

Pada minit ke-32 Fernando Rodriguez merapatkan jurang gol dengan menjaringkan gol pertama Kedah.

Lima minit kemudian Jonatan Bauman mensia-siakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan apabila Helmi Eliza berjaya merigat sepakan Bauman.

Fernando Rodiguez menyamakan kedudukan pada minit ke-39 melalui sepakan penalti dan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-2.

Pada minit ke-73 Azam Azih kembali meletakkan Pahang di depan.

Ketika kemenangan dilihat bakal berpihak kepada Pahang Zaquan Adha menyamakan kedudukan pada minit ke-94.

FT Kedah 3-3 Pahang

Wan Zaharulnizam 13'
Dickson Nwakaeme 26'
Fernando Rodriguez 32'40'(P)
Nor Azam Azih 72'
Zaquan Adha 90+4'

Piala Malaysia 2019 Suku Akhir 2 : Kedah 4-1 PKNP FC (Agg. 6-2)

Kedah mara penuh bergaya ke separuh akhir Piala Malaysia 2019 dengan agregat 6-2 selepas menewaskan PKNP FC 4-1 di suku akhir kedua.

Dalam perlawanan suku akhir pertama kedah berjaya menewaskan PKNP FC 2-1 fi tempat lawan.

Dua gol Kedah terhasil dalam tempoh dua minit hasil jaringan Farhan Roslan pada minit ke-24 dan Jonathan Bauman pada minit ke-25.

Pemain berkumis rapi dan kemas lagi berketerampilan, David Rowley menjaringkan gol ke-3 Pada minit ke-72.

Gol saguhati PKNP dijaringka oleh pemain muda berusia 18 tahun Muhairi Ajmal sebelum Fayadh Zulkifli melengkapkan kemenangan Kedah di hujung permainan.

Kedah bakal bertemu Pahang di separuh akhir.

FT Kedah FA 4-1 PKNP FC

Farhan Roslan 24'
Jonathan Bauman 25'
David Rowley 72'
Muhairi Ajmal 80'
Fayadh Zulkifli 90'

Piala Malaysia 2019 Suku Akhir 1 : PKNP FC 1-2 Kedah FC

Perlawanan suku akhir pertama nyata tidak mudah buat Kedah namun berjaya mencipta kebangkitan selepas Yashir Pinto meletakkan PKNP FC di depan pada minit ke-37.

Gol Fernando Rodriguez dan David Rowley memberi kemenangan kepada Kedah dan membawa bekalan 2 gol tempat lawan.

FT PKNP FC 1-2 Kedah FC

Yashir Pinto 37'
Fernando Rodriguez 49'
David Rowley 73'

6. Piala Malaysia 2019 : Kedah 4-2 Negeri Sembilan

Kemenangan 4-2 Kedah ke atas Negeri Sembilan mengesahkan Kedah selaku juara kumpulan A dihadapan Terengganu dengan kelebihan satu mata.

Kedah bertemu PKNP FC di suku akhir.

FT Kedah 4-2 Negeri Sembilan

Farhan Roslan 18'
Igor Luiz 34'
Fernando Rodriguez 45'
Ferris Danial 66'
Fayadh Zulkifli 78'
Edgar Bernhardt (P) 90'

5. Piala Malaysia 2019 : Terengganu 2-3 Kedah

Kedah mengesahkan tempat ke suku akhir apabila berjaya menewaskan Terengganu 3-2 di Kuala Terengganu.

Baddrol Bakhtiar muncul wira Kedah apabila menjaringkan gol kemenangan pada penghujung perlawanan selepas kedudukan terikat 2-2.

Terengganu terpaksa menunggu perlawanan terakhir untuk mengesahkan tempat selepas Negeri Sembilan mencatatkan kemenangan.

FT Terengganu FC 2-3 Kedah FA

Jonatan Bauman 4'
Lee Tuck (P) 33'
Edgar Bernhardt 37'
Abdul Malik Mat Ariff 60'
Baddrol Bakhtiar 86'

4. Piala Malaysia 2019 Kumpulan A : Kedah 3-2 PKNS FC

Dua kali Kedah bangkit selepas dua kali ketinggalan ketika bertemu PKNS FC di stadium Darul Aman Alor Setar.

Aksi kebangkitan Kedah diterajui Jonatan Bauman sebelum Alif Yusof menjaringkan gol kemenangan minit akhir.

FT Kedah FA 3 - 2 PKNS FC

Romel Morales 30'
Jonatan Bauman 50' 84'
Nicholas Wirad 70'
Alif Yusof 90'

3. Liga Malaysia 2019 Kumpulan A : PKNS FC 1-1 Kedah

Tamat pusingan pertama Piala Malaysia kumpulan A bagi Kedah dan PKNS Fc selepas mengharungi 3 perlawanan.

Kedah dan PKNS sekadar seri 1-1 dan meletakkan Terengganu di tempat pertama dengan 6 mata selepas 2 perlawanan.

Kedah rerlebih dahulu didepan melalui sundulan Fernando Rodrrigez sebulan Romel Morales kembali mengikat.

FT PKNS FC 1 - 1 Kedah FA

Fernando Rodrrigez 21'
Romel Morales 70'

2. Piala Malaysia 2019 Kumpulan A : Kedah 0-2 Terengganu FC

Penjaga gol Terengganu, Muhammad Ilham Amirullah bin Razali dilayangkan kad merah pada penghujung babak pertama.

Terengganu bermain 10 pemain untuk 45 minit baki permainan tetapi seperti tidak memberi kesan kepada mereka.

Kipre Tchetche menjaringkan dua gol dikala Kedah tidak mahu mengambil kesempatan atas kelebihan bermain 11 orang dan bermain di tempat sendiri.

FT Kedah FA 0 - 2 Terengganu FC

Kipre Tchetche 66' 86

1. Piala Malaysia 2019 Kumpulan A : Negeri Sembilan 1-3 Kedah

Juara Piala FA 2019, Kedah, Kedah pantang kalah biar sakit jatuh dan rebah tidak berdepan masalah untuk menewaskan Negeri Sembilan dalam saingan kumpulan A.

Fernanddo Rodriguez meletakkan Kedah didepan seawal minit ke-4 dan itulah satu-satunya gol dalam perlawanan ini di separuh masa pertama.

Shakir Hamzah kemudian menggandakan kedudukan buat Kedah melalui satu volley padu dari sudut sukar namun Negeri Sembilan cuba mengejar.

Ferris Danial Mat Nasir merapatkan kedudukan untuk Skuad Jang empat minit selepas gol kedua Si Helang Merah.

Jonatan Bauman menyudahkan sepakan penalti untuk Kedah terus menjarakkan kedudukan dan nyata peanlti ini telah membunuh perlawanan untuk Kedah meraih 3 mata.

FT Negeri Sembilan 1-3 Kedah

Fernanddo Rodriguez 4'
Shakir Hamzah 72'
Ferris Danial Mat Nasir 78'
Jonatan Bauman (P) 83'

https://www.youtube.com/watch?v=oLeE6PEJabU

Paparkan Komen