Juara Kumpulan B: Analisis Penuh Pemain Malaysia b19

Zunnun oleh Zunnun 2 bulan yang lalu

Bojan Hodak berjaya mencapai 2 objektif bersama skuad kebangsaan Malaysia b19 di Surabaya, Indonesia.

  • Memberi pendedahan kepada semua 23 pemain yang dibawanya.
  • Menjuarai peringkat kumpulan tanpa catatan tewas dan seterusnya mara ke peringkat separuh akhir.

Beliau membawa 23 pemain ke kejohanan tersebut, mencatat 3 menang dan 1 seri dalam peringkat kumpulan dan akan bertemu tuan rumah Indonesia di peringkat separuh akhir.

Hanya Muhammad Firdaus Irman sahaja yang tidak digunakan dalam 4 perlawanan peringkat kumpulan. Irman merupakan penjaga gol ke-3 pasukan yang baharu berusia 16 tahun.

Siapa pemain yang digunakan oleh Hodak dan menjadi nadi penting pasukan untuk kejohanan kali ini.

Bagi posisi penjaga gol Hodak mengilirkan Shafiq Afifi Suhaimi (PKNP b19) dan Muhammad Azri Ghani (Felda Utd b21) masing-masing selama 180 minit.

Terdapat 3 pemain untuk posisi pertahanan kanan yang digunakan

  • Mohammad Anwar Ibrahim (Felda Utd b21)
  • Gerard Gadit (Sabah)
  • Muhamad Feroz Baharudin (JDT III)

Anwar mendapat minit terbanyak dengan mengumpul 231 minit permainan diikuti Feroz 67 minit dan Gadit 63 minit.

Di pertahanan kiri terdapat 2 pemain terlibat iaitu Muhammad Nabil Hakim Bokhari dan Ahmad Tasnim Fitri Nasir. Masing-masing mengumpul 180 minit.

Shivan Pillay Asokan (PKNS b19)

Pertahanan tengah agak menarik, Shivan Pillay Asokan yang mendapat tumpuan di kelayakan Piala Asia b20 berjaya menjaringkan 2 gol dalam kempen kali ini.  1 jaringannya berlaku ketika menewaskan Myammar 1-0 pada perlawanan terakhir kumpulan dan membawa Malaysia menjuarai kumpulan B.

Pasangan beliau adalah yang juga kapten pasukan, Syaiful Alias (Kelantan). Syaiful mendapat minit permainan di Liga Super 2018 disebabkan krisis kewangan yang berlaku dalam pasukannya sehingga membawa penyingkiran ramai pemain senior.

Jumlah minit yang dikumpul oleh 3 pemain pertahanan tengah

  • Shivan Pillay Asokan (314 minit)
  • Muhammad Saiful Alias (226 minit)
  • Muhammad Zahril Azri Zabri (210 minit)

Thivandaran Karnan (Pulau Pinang b21)

Pemain dari Pulau Pinang ini paling mencuri tumpuan. Berfungsi di posisi tengah bertahan bersama Ammar Akhmal Alias (Felcra), 2 kali ditabalkan sebagai pemain terbaik perlawanan ketika menang 2-0 menentang Kemboja dan seri 1-1 bertemu Timot Leste.

Al Imran Abdul Halim (UiTM b21) melengkapkan 3 pemain di posisi tengah bertahan.

  • Ammar Anwar Alias (240 minit)
  • Thivandaran Karnan (180 minit)
  • Al Imran Abdul Halim (180 minit)

Nik Akif Syahiran (Kelantan) bersama Syaiful, Thivandaran dan Hadi Fayadh

Pemangku kapten pasukan ini membuat 3 kali kemunculan dan Nizaruddin Jazi (Melaka b19) menjadi pemain simpanan untuknya. Nizaruddin berjaya menyumbang 1 gol ketika menang 2-0 menentang Brunei, perlawanan yang menyaksikan Hodak merehatkan majoriti pemain utama.

Izzuddin Roslan (Kuala Lumpur b19) digunakan apabila Hodak menggunakan 1 pemain tengah bertahan. Ia berlaku ketika bertemu pasukan paling lemah dalam kumpulan, Brunei pada perlawanan ke-2.

  • Nik Akif Syahiran Nik Mat (258 minit)
  • Muhammad Nizaruddin Jazi (115 minit)
  • Muhammad Izzuddin Roslan (102 Minit)

Akhyar Rashid (Kedah) dan Hadi Fayadh

Ahkyar menjadi penyumbang gol utama pasukan bersama Shivan dan satu lagi penyerang sisi-kiri, Syahmi Zabri (Felda Utd b19). Digunakan hanya 2 kali dan berjaya menjaringkan gol di setiap perlawanan tersebut.

Seorang lagi pemain P.Pinang b21 menjadi pemain regular adalah Nurfais Johari. Bermain di sayap meyerang-kanan, Syahmi Zamri menjadi pemain pilihan ke-2 untuk posisi ini.

  • Muhammad Akhyar Rashid (168 minit)
  • Awang Muhammad Faiz Hazziq (167 minit)
  • Muhammad Nurfais Johari (276 minit)
  • Muhammad Syahmi Zamri (83 minit)

Hadi Fayadh (JDT II)

Hodak membawa 2 penyerang tengah dan mengunakannya dengan seimbang. Hadi Fayyadh (JDT II) dan Zafuan Azeman (Kedah). Masing-masing membuat 183 minit dan 177 minit, tanpa jaringan.

Melihat kepada penggunaan pemain oleh Hodak dalam kejohanan kali ini ia boleh dirumuskan belaiu berjaya mencapai 2 objektif utama dalam pembentukan skuad muda. Memberi pendedahan kepada semua pemain dan menjaga keputusan perlawanan.

Pasukan ini bakal mendapat 2 perlawanan lagi selepas mara ke peringkat separuh akhir. Bakal menentang Indonesia esok dan akan mara ke final jika menang dan akan ke perlawanan penentuan tempat ke-3 jika tewas.

Berikut adalah lakaran statistik pemain Malaysia di Surabaya.

Statistik pemain dalam 4 perlawanan peringkat Kumpulan

SELAMAT MAJU JAYA HARIMAU REMAJA




Paparkan Komen