Jerome Boateng Dedah Punca Sebenar Tolak Lamaran Manchester United

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Pemain antarabangsa Jerman, Jerome Boateng mengesahkan spekulasi yang mengaitkan beliau dengan perpindahan ke Manchester United pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho terdesak untuk mencari seorang pemain pertahanan bertaraf dunia bagi memperkuatkan bahagian pertahanan pasukannya yang agak longlai musim lalu.

Boateng tolak lamaran United kerana sayang untuk tinggalkan Bayern Munich yang saban tahun memenangi Bundesliga dengan mudah.

Mourinho melihat Boateng sebagai pemain terbaik untuk mengisi peranan tersebut memandangkan pencapaian Boateng yang pernah memenangi Piala Dunia dan Liga Juara-Juara Eropah pada masa lalu.

Walau bagaimanapun, perpindahan itu gagal menjadi realiti kerana menurut Boateng, Mourinho gagal meyakinkannya untuk meninggalkan Bayern Munich.

Boateng memilih untuk terus kekal bersama Bayern Munich dan musim ini bakal menjadi musim ke-8 beliau sejak berpindah dari Manchester City pada tahun 2011.

Boateng pernah merasai pengalaman bermain dalam Liga Perdana Inggeris selama semusim sebelum Bayern Munich datang memanggil. Ketika itu, Boateng masih lagi seorang pemain muda dan sering diletakkan bermain di bahagian pertahanan kanan.

Mourinho kecewa semua bek tengah yang disasarkannya gagal diperolehi

Beliau hanya mampu mencatatkan 24 penampilan bersama The Citizens pada musim itu disebabkan masalah kecederaan.

Boateng turut mendedahkan Manchester United bukan satu-satunya kelab yang menaruh minat terhadap beliau pada jendela perpindahan lalu.

"Manchester United dan Paris Saint-Germain merupakan kelab yang berminat untuk mendapatkan saya. Cuma saya tidak mahu keluar dari Bayern Munich, tetapi pada masa yang sama saya juga teringin untuk merasai cabaran baru."

"Walaubagaimanapun, saya masih berasa gembira bermain dengan Bayern Munich. Ia salah satu kelab terbesar di dunia. Agak sukar bagi saya untuk meinggalkan kelab seperti ini."

Boateng juga mendedahkan beliau ada berhubung dengan Mourinho selepas mengetahui minat yang ditunjukkan Manchester United terhadapnya.

Selain Boateng, Mourinho juga menyenaraikan pemain seperti Harry Maguire, Toby Alderweireld, dan Diego Godin untuk memperkuatkan jentera pertahanan United tetapi malangnya tiada satu pon yang berjaya.

"Saya ada menghubungi Mourinho. Saya beritahu beliau yang saya sangat berbesar hati dengan minat yang ditunjukkan beliau dan berterima kasih kerana berusaha keras untuk mendapatkan tandantangan saya."

"Saya menerangkan kepada Mourinho yang saya sukar untuk meninggalkan Bayern Munich. Dan sekiranya saya berpindah, kelab baru tersebut mestilah lebih baik dari Bayern Munich."

Once upon a time, in a far, far away galaxy.

Manchester United dilaporkan bersedia melakukan bidaan berjumlah  £44.5 juta terhadap Boateng sekiranya pemain tersebut bersetuju untuk berpindah. Jumlah tersebut dilihat sangat berpatutan bagi seorang pemain pertahanan bertaraf dunia yang sudah berusia 30 tahun.

Sejak menyertai Bayern Munich, Boateng telah merasai hampir kesemua trofi di peringkat antarabangsa dan domestik. Beliau berjaya memenangi 6 kejuaraan Bundesliga, 4 Piala domestik, dan satu trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Di peringkat antarabangsa pula, beliau merupakan pemain utama Jerman ketika mereka menjulang trofi Piala Dunia pada tahun 2014 di Brazil.




Paparkan Komen