JDT Raih Kejuaraan Ke-6 Liga Super Tetapi Kenapa Manchester United Menjadi Sebutan?

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 minggu yang lalu

Liga Super 2019 belum melabuhkan tirainya dan semua setiap pasukan bertanding sudah mengharungi 17 atau 18 perlawanan dan Juara Liga Super musim ini sekali lagi telah disahkan secara rasmi menjadi milik Johor Darul Takzim.

Selepas 18 perlawanan dan Liga Super berbaki 4 perlawanan lagi JDT sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super, kemenangan ke atas Melaka United pada perlawanan ke-18 telah mengesahkan kejuaraan keeenam mereka JDT 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018.

Hajat Melaka United mahu menangguhkan kejuaraan ke-6 berturut-turut JDT tetapi gagal apabila tidak mampu memadamkan gol Nazmi Faiz dan Diogo.

Selepas 18 perlawanan JDT muncul juara.

Setakat 18 perlawanan JDT mencatatkan 14 kemenangan dan 4 seri serta masih tidak tewas dengan 39 jaringan dan 15 bolos sekaligus mengumpul 46 mata.

Dengan kemenangan ke atas Melaka United ini JDT telah mengesahkan kejuaraan keenam mereka sejak 2014, 2015, 2016, 2017. 2018 dan 2019.

Pada musim lalu JDT juga mengesahkan gelaran juara pada perlawanan ke-18 dengan baki 4 perlawanan selepas menang ke atas Perak untuk gelaran ke-5.

JDT telah menyamakan rekod sebagai pasukan paling banyak menjulang Liga Super yang sebelum ini dikenali sebagai Liga Perdana bersama Selangor dengan 6 kali angkat trofi.

Lebih manis JDT lakukan secara berturut-turut. Satu kegilaan yang amat dan mengekalkan rekod tanpa kalah di Larkin.

Keputusan 18 perlawanan JDT di Liga Super 2019

02 Februari 2019 - Johor DT 1-0 Perak
08 Februari 2019 - Johor DT 4-1 Kuala Lumpur
15 Februari 2019 - Terengganu 2-2 Johor DT
23 Februari 2019 - Johor DT 2-1 Melaka United

01 Mac 2019 - Selangor 2-4 Johor DT
09 Mac 2019 - Johor DT 3-0 PKNP FC
29 Mac 2019 - Kedah 1-1 Johor DT

05 April 2019 - Johor DT 3-0 Felda United
13 April 2019 - Petaling Jaya CFC 0-1 Johor DT
20 April 2019 - Johor DT 3-1 PKNS FC
28 April 2019 - Pahang 1-1 Johor DT

04 Mei 2019 - Felda United 0-2 Johor DT
14 Mei 2019 - Johor DT 2-0 Pahang
17 Mei 2019 - PKNS FC 1-2 Johor DT
26 Mei 2019 - Johor DT 2-0 Kedah

14 Jun 2019 - PKNP 1-1 Johor DT
19 Jun 2019 - Johor DT 3-2 Selangor
26 Jun 2019 - Melaka United 1-2 Johor DT

*Hijau = Menang. Kuning = Seri. Merah = Kalah

Juara Liga Super 6 musim lepas.

2014 - JDT
2015 - JDT
2016 - JDT
2017 - JDT
2018 - JDT
2019 - JDT

Manchester United Menjadi Sebutan?

Kejuaraan ke-6 JDT di Liga Super 2019 ini telah menyebabkan peminat pasukan kelab yang berpangkalan di England yang nun jauh di sana terasa hati dan menjadi sebutan ramai.

Dibahagian komen media sosial boleh dilihat peminat bola sepak menyebut-nyebut nama Manchester United mengaitkan kemenangan ke-6 JDT.

Kenapa perlu dikaitkan kegemilangan JDT dengan Manchester United yajng semakin merudum pretasinya?

Mungkin kerana Melaka United menggunakan singkatan MU maka menyebabkan ramai mula teringat kembali kepada Manchester United.

Selepas diselidiki maka diketahui bahawa ini semua bersangkut paut dengan kedudukan Manchester United di Premier League musim ini.

Nombor 6 temaptnya

Tak selidik pun semua tahu tapi siapa nak ambil peduli pasukan tempat ke-6 bukan?

Benda ini tak kelakar dan hambar tapi dah lama tak bahan Setan Merah rasa serba kurang hari-hari dilalui.




Paparkan Komen